Assalamualaikum . Hari ini sibuk menyiapkan blog dan juga doodle . Tapi masih lagi tak tahu bila nak upload . Tangan menjadi semakin malas . Malas nak uat keje . Mood nak makan pun semakin berkurangan . Tadi pula TERBACA pasal tanda-tanda sebelum menemu ajal . Hah kau terpaku sebab tajuk tu menakutkan . Okey mengarut sikit . Hihik . Few days ago saya cuba masuk ke web ini . Saya masukkan no IC saya dan boom! Perkataan TAHNIAH tu menyala-nyala macam ada menang je . Senyum memang senyum . Alhamdulillah lah dapat . Tapi bukan kat tempat yg saya nak . Huhuk . Saya nak kat SMKDPM kat Penampang sebab kat situ ada ICT . Tapi terima je lah .

Saya dah download surat tawaran tu . Tapi agak menyakitkan hati bila saya tekan print, printer tu tak nak bagi muntah kertas . Agaknya ada benda sangkut Saya goncang-goncang printer tu macam Hulk dan dia muntahkan seketul keronsang . Aisemen . haha saya cuba lagi sekali tetap sama tak bagi reaksi yg saya nak . Mungkin ada lagi sangkut . Ah biarkan dia . Itu bukan masalah yg besar . Saya boleh pergi kedai esok lusa untuk print . Tapi ini masalahnya .

Saya okay dengan yg lain . Tapi saya kurang senang bila mula baca ayat yg berkurungan hijau tu . Baju sekolah ? Wth ? Baju sekolah saya pun saya tak tahu dah ada kat mana . Inikan pulak nak pakai kemas-kemas . Astagfirullah . Teruk kau ni miraa . Haha tadi pula dah fm dengan Betty . Dia pun dapat jugak . Fm ? Oh Facebook Messaging . Haha dan kami bualkan pasal f6 ni . Ramai jugak yg dapat . Untung lah dia ada mama pandai menjahit ==' miraa tadi bagitau mom "umi , kasi beli baju sekolah" tapi saya dapat apa ? Umi saya kata "hahaha" itu sahaja . Baik lah . Saya akan masuk tingkatan enam dan Insyallah belajajajar dengan bersungguh-sungguh . Ahahaha . Amin . Tapi kalau dapat tawaran masuk ke ipt yg saya mohon , saya tak akan lepaskan peluang tu . Kikiki . Antara benda yg saya mohon ;
DIPLOMA TEKNOLOGI MAKMAL DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT
DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT (RANGKAIAN)
DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN KOMPUTER
DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN TELEKOMUNIKASI
DIPLOMA FARMASI (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN (KOMPUTER & RANGKAIAN)
DIPLOMA SAINS KOMPUTER (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
DIPLOMA TEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN
Oh awak mungkin akan kata wow , tapi apa nak buat dah minat saya ke arah ni . Saya nak jugak salah satu mengena . Amin . Saya nak belajar dalam minat saya . Hahaaaaa saya betul-betul dah banyak mengarut sejak kebelakangan ni . Mungkin sebab saya dah langgar banyak sangat kereta orang minggu lalu . Hahaha. Baik lah saya nak teruskan merayau dalam blog korang . Assalamualaikum :-)
gudluck sayang. semoga sentiasa berjaya, tak kisah apa pun yang awak amik^^
ReplyDeleteterima kasih TwT
DeleteAiseh,printer muntah kerongsang -,-
ReplyDeleteosem kan ? :D
DeleteMuehehe samalah kita.sumpah malas gila nak pakai pakaian seragam sekolah lagi -.-'
ReplyDeletetau ta pa . tapi bes jugak lepaskan rindu haha
DeleteSelalu kalau mintak diploma insyaAllah mudah jea dapat :)
ReplyDeletehuhuk . amin
Deletetaniah..xpe..dpt smbung bljo kt mna2 pn ok..janji bljo rajin2 ye. :)
ReplyDelete