Thursday, 17 July 2014

Tips: Temuduga Juruteknik Komputer Gred FT17

Assalamualaikum
Kalau semalam miraa cerita pasal interview untuk Jururawat, hari ni pasal Juruteknik Komputer pula. Yes, temuduga pertama tu tak dapat. Sedih much. HAHA. Agaknya sebab jujur pergi bagitahu yg miraa sedang belajar kot. Tu lah diorang tolak serta merta. So temuduga Juruteknik ni pun pergi kalau tak silap tahun ni. Hehe. Kalau jururawat hari tu kena bawak borang-borang yg kita download dan isi. Tapi untuk juruteknik ni pula lain sikit sebab terus kerja *kan?* hahaha.

Persediaan sebelum temuduga

  1. Berpakaian kemas dan formal
  2. Baca tentang komputer-komputer sikit
  3. Resume dan sijil-sijil yg berkaitan
Soalan-soalan yg mungkin korang kena siap sedia jawab. Well mungkin ada yg sama dan ada yg tak sama dengan orang lain. Masing-masing akan dapat soalan kacang dan tak berapa nak kacang. Deii apa punya ayat lah. Haha.

Virus ?
This part orang tu tanya virus apa yg miraa tahu. Bukan penyakit kat manusia ye tapi kat komputer. Haha. Dia akan tanya nama-nama virus yg kita tahu dan macamana virus tu merebak , apa yg virus tu buat kat komputer kita dan macamana nak hilangkan virus segala macam lagi. Haha.

Part-part komputer
Bahagian ni miraa tak banyak sangat disoal. Dia cuma tanya input device, output device , apa itu RAM dan fungsi dan bebenda lain lagi dalam komputer. Ada sorang tu dia cakap dia blank masa kena tanya tentang speaker . Then bila keluar bilik temuduga baru dia ingat. So baca-baca lah ye pasal devices and computer parts. HAHA

Problem thingi
Masa miraa interview , dia bagi satu situasi dimana ada orang ni yg tak berapa nak tahu pasal komputer tanya apa nak buat bila semua file-file dia hilang oleh virus. Men hentam je jawab then dia senyum haha. Then dia tanya lagi, kenapa tiap-tiap software mesti diuji semula sebelum dipasarkan. Bab ni pun men hentam je jawap.

Then yg selebihnya cuma ceritakan tentang diri sendiri blablabla pasal itu ini kemudian yada yada yada . Actually tak sampai pun 15 minit. Lelaki yg ditemuduga lebih kot 30 minit. Rata-rata perempuan semua tak lebih dari 20 minit dalam bilik temuduga dan sememangnya calon-calon yg pergi pun sikit bebenor. Tapi apa boleh buat la kan. Sama juga macam temuduga jururawat haritu. Tak dapat . Wahahahah xD
Share:

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini