Monday, 16 July 2018

Capsule Inn - Kota Kinabalu

Hi Assalamualaikum semua. Last weekend Miraa stay dekat area KK sebab ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan. Rumah jauh, so kena stay lah nampaknya HAHAHA. Sebelum ni selalu nampak post orang pasal capsule stay / inn TAPI mostly dekat Semenanjung. Tapi guess what? Sabah pun ada sudah bah! (Okay sakai jap)


Capsule Inn ni terletak dekat Star City. Dan kalau korang naik Grab, korang kena enter destination dia "Fook Yuen" sebab location dia belum ada kalau dalam Apps Grab. Tapi jangan risau, boleh je whatsapp diorang utk mintak guide cara utk cari lokasi dia.

Miraa sebelum ni pernah book by phone tapi masa tidak mengizinkan so terpaksa cancel. This time book thru Agoda (fav apps btw) and off I go. Lokasi dia tidak lah susah sangat nak cari (sebab dah kena bagi guide). Apa yg korang kena buat is just check in macam biasa kat reception dia. Oh btw kena bagi deposit RM50 jugak yer. Tapi nanti bila check out diorang akan return balik jugak.

 

Shower, toilet semua konsep sharing. Macam kat hostel gittew. Btw hair dryer juga ada disediakan. Iron board pun ada. Kalau korang tak bawak, boleh request kat receptionist for iron.
Ini pula dining area diorang. Plus free wifi access jugak. Password ada je situ.


This is the capsule. Chinggg. Dia bertingkat ya. Plus diorang asingkan area lelaki dan perempuan. So no need to risau-risau. Dekat area capsule jugak diorang ada sediakan locker utk simpan bag korang.

Dalam capsule tu standard la macam tempat lain, ada towel, ada bantal, ada selimut, ada tilam. Oh ada ac juga. Tapi kalau korang off mmg sejuk jugak sebab ac luar masuk jugak. Ni kira mcm kipas je la sedut ekon tu masuk dalam hahahaha 

Yg ni pula control unit capsule tu ching. Kalau korang spesis tak bawak plug utk caj fon, sini ada dua USB port.

Kasut korang kena simpan dekat locker kasut depan area reception. Flipflops kat situ ada disediakan. Tak lah korang kaki ayam kansss. Hahaha. Locker bag pun ada juga disediakan. Contoh la korang lapar time tengah malam dan malas nak turun gi beli makanan, diorang ada jugak jual Maggi Cup hahaha. Boleh lah kanss daripada kelaparan? Siapa suruh tak beli awal-awal. Surau pun ada dekat Capsule Inn. Plus ada juga Miraa nampak kerusi urut dekat depan pintu Surau.

Honestly I like this place. Walaupun ada juga baca review buruk pasal tempat ni, tapi bila sendiri yg experience dia jadikan kau macam... Eh apesal dia cakap macam tu? Hahaha tapi pendapat orang bukan sama semua kan? For me this place is amazing, clean, staff pun friendly, worth for the money la orang kata. Haha. Dan jugak sangat sesuai la utk spesis yg travel solo-solo or memang cari tempat utk tidur 1 malam ja dan memang nak tidur lah. Kalau hostel tempat lain pun banyak. Tapi kalau tak nak share katil dengan orang lain dan memang nak sendiri je. This is the place.


Oh lupa, I muat hokayyyy!!! Hahahaha. Okay shekian

Walk in rates: RM48 (15/07/2018)
Rates that I got from Agoda: RM29.23
Deposit: RM50

Capsule Inn
Lot 3.33, Asia City Complex,
Jalan Singgah Mata 2,
Asia City, 88000,
Kota Kinabalu Sabah
+60128777623
Instagram @capsule_inn

Sunday, 10 June 2018

Banjir Kilat 31 Mei 2018

Assalamualaikum. Bencana ni dah lama berlalu tapi masih terasa macam baru terjadi. Sebelum ni takde pun tulis dekat blog. Sampai lah ke hari ini. Entah kenapa tiber nak update.

Ada yg tahu Miraa sekarang tolong family di My Nurul Homestay. Boleh search homestay tu kat Google. Pada 31 Mei tu Miraa and family berbuka puasa kat Homestay. Masa tu memang hujan lebat la. Then kitorang bbq bawah Sulap Tanaru 2.0 dan tak sangka pulak air sungai semakin deras dan deras. Depan mata nampak kayu balak, pokok-pokok, rumah orang hanyut. Lagi sadis bila tengok homestay jiran habis ranap dibawa oleh air sungai yg deras. Tapi siapa kita nak lawan takdir Tuhan kan?

Hujan masih lagi tak berhenti sampai ke malam. Gerimis. Tak sangka dekat rumah kitorang pun naik air. Habis semua sofa, pakaian dan barang elektrik. Tapi lagi sedih bila laptop & camera Miraa pun ikut menyelam dalam banjir. Banyak kot memori dalam tu. Isk. Hahahah sedih k sedih. Ni Miraa selit sikit gambar selepas banjir tu. Banjir pada waktu petang hingga ke malam. Masa banjir naik tebing tu kitorang dah blah dah dari area tu.

 Rakit yg tinggal

 Keadaan rumah masa banjir. Masa ni kitorang kat homestay. Uncle yg gambar.

 Laptop dan camera yg gi berenang

Kayu balak yg besar menghalang jalan raya.

Well, ada je lagi gambar yg lain kat insta @mia.zeyn atau @mynurulhomestay. Syukur lah tiada kemalangan jiwa dan semua selamat.

Wednesday, 23 May 2018

Dapur Migha : Basung Ampap ?!

Hi. Welcome back to anybody who reads as if anyone do read. Lol.

The other day my mom asked to cook “ikan basung” or known as ikan selayang kot di negeri lain. Tidak sah la bah kalau ikan basungan ndak kena ampap. Walaupun bukan step by step or actual ampap, who cares as long as its delicious. Excuse my rojak entry writing, lets move on to how to how to.

The way I cook my basung ampap is ...
1. Siang 1kg of basung.
2. Now get a pot and put em in there with 4 cup of water.
3. 1tbsp salt (and few pinch secukup rasa)
4. 1tbsp tumeric powder (ada yg fresh lagi cun)
5. Asam aloi (idk alui² siurang panggil hahaha)
6. Bunga kantan 2 (belah 4 skali)
7. Mix em all and simmer sampai masak


Pergh kalau kena baca oleh chef² ni kompem kena kecam akibat pengunaan bahasa yg bercampur macam rojak. Hasil daripada eksperimen ni, rasa dia sangat masam dan wangi bunga kantan which also almost kill the fish's taste haha nda ba. Try la sekali sekala. Asam aloi tu boleh kali ubah pakai asam keping.

Next dish will be sayur pakis. But ni ramai sudah pun yg tau masak. All you need is sayur paku pakis, bawang, garam, minyak, siap. Yg suka pedas tu boleh simpan cili padi as I do here. Tumis mcm sayur lain juga. Kalau mau sedap banyak, boleh la campur belacan. Lagi la umph haha tapi kalau yg ada allergies tu jangan mengada pula.


Acar mangga ni pun resepi hantam campak apa yg ada jaa sebenarnya uolls. Since ada bunga kantan, I mix those mangga muda dengan hirisan bawang merah and cili padi. Sprinkle some salt, sugar and msg and done. Bole lah utk kecur kan air liur hahaha. Mau lagi pedas, tambah lagi cili.


Well I guess that's all from me now. See ya next time.

Monday, 21 May 2018

Membawang? | Garden Amiraah

Assalamualaikum and hello to everyone (as if anyone care) lol

So mesti ada yg noticed la Miraa ni sejak dua menjak kemain rancak lagi main game Plant vs Zombie yg pernah viral masa dulu-dulu. Tapi dulu tak semua ada smart phones dan masa tu pun main kat dalam komputer je. Sekarang dah maju, kemain lagi dalam phone je pun boleh.

So where was I... Oh. So Miraa pun tak tahu lah kenap tiba-tiba terjebak lagi sekali main PvsZ tu. Version yg asli bukan yg latest tu (maybe lepas ni try tu pulak luls) okay move on. So bila fikir punya fikir, daripada cuma duk jaga Zen Garden dalam tu, why not buat real garden kennnnn? Yunomseyin?

Maka bermula lah pengembaraan Miraa dengan hashtagnya #Miawentgreen HAHAHAHA idk. Wanna do something new and something that I never got the chance to do kot. Ada chance memang ada tapi selalu berakhir dengan kegagalan. Tidak pernah nak tumbuh pun yg di tanam HAHAHAHA. But this time lain.


Bawangness!!! Okay ini first attempt la tanam bawang merah. On 8th May a day before the election day Miraa pi potong bawang and tanam (cara tanam ada di ig post) and few days after that kemain terpacak lagi daun dia tu haa. Tinggal nak chop chop and cook cook. Haha dah nama pun trial, dua ketul je pun bawang di tanam bahaha. But bangga dia tu pergh hahaha (sakai nya sis).


So nampak tak my bawangvengers terselit diam-diam je sana? Hahahha. Yg lain tu my Umi punya tanaman. Kunyit, cili padi, betik. Miraa tanam bawang je la hahaha.

But who knows maybe one day I can have my own Zen garden but in reality hahaha. Mmg angan-angan nak berhobikan berkebun ni lepas ni. Mini garden. I don't have that green finger, but I really hope that I can harvest some sayur next time instead of daun bawang hahaha. Well I guess that's all for the bebelan this time. Ttfn. xoxo.

New Instagram Account

Just some quick update .
My Instagram was miraahussin24 for the past years.
Now I changed it to nuramiraatirahussin


Do follow and leave your ig on the dm sections

xx

Monday, 7 May 2018

2018

Hi. Lol. It's been a while.
Dah hampir mid 2018 baru sibuk nak buat entry hahaha.
Just wanna write something for 2k18.
I'll be back somehow.
But not now.
But you can find me in Instagram.
http://Instagram.com/mia.zeyn