Sunday, 10 June 2018

Banjir Kilat 31 Mei 2018

Assalamualaikum. Bencana ni dah lama berlalu tapi masih terasa macam baru terjadi. Sebelum ni takde pun tulis dekat blog. Sampai lah ke hari ini. Entah kenapa tiber nak update.

Ada yg tahu Miraa sekarang tolong family di My Nurul Homestay. Boleh search homestay tu kat Google. Pada 31 Mei tu Miraa and family berbuka puasa kat Homestay. Masa tu memang hujan lebat la. Then kitorang bbq bawah Sulap Tanaru 2.0 dan tak sangka pulak air sungai semakin deras dan deras. Depan mata nampak kayu balak, pokok-pokok, rumah orang hanyut. Lagi sadis bila tengok homestay jiran habis ranap dibawa oleh air sungai yg deras. Tapi siapa kita nak lawan takdir Tuhan kan?

Hujan masih lagi tak berhenti sampai ke malam. Gerimis. Tak sangka dekat rumah kitorang pun naik air. Habis semua sofa, pakaian dan barang elektrik. Tapi lagi sedih bila laptop & camera Miraa pun ikut menyelam dalam banjir. Banyak kot memori dalam tu. Isk. Hahahah sedih k sedih. Ni Miraa selit sikit gambar selepas banjir tu. Banjir pada waktu petang hingga ke malam. Masa banjir naik tebing tu kitorang dah blah dah dari area tu.

 Rakit yg tinggal

 Keadaan rumah masa banjir. Masa ni kitorang kat homestay. Uncle yg gambar.

 Laptop dan camera yg gi berenang

Kayu balak yg besar menghalang jalan raya.

Well, ada je lagi gambar yg lain kat insta @mia.zeyn atau @mynurulhomestay. Syukur lah tiada kemalangan jiwa dan semua selamat.