Friday, 4 October 2019

Why I go for Youtube ...


Assalamualaikum. It's really been a while since my last blog entry. Fuh english haha. Okay lama rasanya tidak menaip. Kadang lupa macam mana mau menaip di blog ni. Yang entah masih ada audience atau tidak sebab terlalu lama sis tidak aktif di sini. Mau mula balik dari 0 memang susah. Apa lagi kalau sekarang sudah kurang orang buka blog dan membaca (tapi memang masih ada juga). Okay apa benda entah yg sis merepek ni.

Why I go for Youtube instead of keep writing in my blog? Orang sekarang makin ramai kurang membaca. Well for example Facebook. Orang cuma baca tajuk, sikit sinopsis terus share link tu tanpa baca isi kandungan entry tu sampai habis. Eh entah lah. Haha.

Dulu mungkin buka ikut trend, yg mana lama-lama berubah jadi minat. Memang sis masih ada minat yg sama. Minat untuk berkongsi apa saja dalam blog. Sedih pun update sini HAHA. Tapi menaip ni makin lama jadi makin susah bagi sis. Sis masih sama. Masih suka kongsi benda, info atau daily vlog. Tapi sekarang lebih pendek... Selalu simpan dekat Instagram. @MiraaHussin24 (sendu jer) Tapi audience dalam 24jam tu masih ada dalam 100+ orang. Lain dengan blog. Jadi sis pindah ke Youtube sebenarnya sebab sis penat sudah menaip. Sis mula untuk bercakap. Dan ready la kamu sebab sana bahasa sis bercampur haha. Minat... Ya tiba-tiba terminat main game yg dulu sis tengok aneh. Walaupun masih level noobie, sis tetap main. Sebab minat (sampai bila? entah) ada audience atau tidak? Entah. Cuma share suka-suka. Rakam suka-suka. Mungkin ada 9 years old army tengok? haha. 

Jadi jangan lupa singgah ke Youtube channel sis kalau sudi (^_^) It's really been a while.
Youtube: Miraa Hussin TV

Best Regards,
Miraa Hussin
Blog Owner

Wednesday, 11 September 2019

dahmakan: Kam Heong Chicken


Assalamualaikum. Haa kali ni Miraa cuba makan Kam Heong Chicken. Harga dia RM14.90. Kalau korang nak order, korang boleh ambil combo dengan Tealive's Classic Roasted Milk Tea with Grass Jelly pada harga RM19.90. TAPI! Kalau korang belum cuba app @dahmakan boleh install dan guna code MIRAA2ONQ dan jimat RM10 untuk order pertama, ke-dua, ke-tiga & ke-empat.


Boleh klik link bawah ni untuk download dan daftar ke akaun dahmakan korang :)

Selamat menjamu selera ;)

_______________________________________________

Jangan lupa like, comment & subscribe channel Miraa ya.
More video coming soon.

Keep in touch:

dahmakan: Spaghetti Chicken Bolognese, Honey Soy Sesame Chicken, Salted Egg Butter Chicken


Spaghetti Chicken Bolognese, Honey Soy Sesame Chicken, Salted Egg Butter Chicken & ada beberapa lagi menu yg korang boleh ambil combo dengan Tealive's Classic Roasted Milk Tea with Grass Jelly pada harga RM19.90. TAPI! Kalau korang belum cuba app @dahmakan boleh install dan guna code MIRAA2ONQ dan jimat RM10 untuk order pertama, ke-dua, ke-tiga & ke-empat.
Boleh klik link bawah ni untuk download dan daftar ke akaun dahmakan korang :)
https://dahmakan.app.link/e/MIRAA2ONQ



Selamat menjamu selera ;)

___________________________________

Don't forget to like, comment and subscribe my channel.
More videos coming soon.

Keep in touch:
https://www.instagram.com/miraahussin24/
https://www.facebook.com/miraahussin24/

Sunday, 8 September 2019

@dahmakan : Salted Egg Butter Chicken (FREE RM40 credit)

Assalamualaikum. Okay baru-baru ni Miraa ada cuba makanan dalam app dahmakan ni. Untuk order pertama ni Miraa cuba Salted Egg Butter Chicken. Tapi Miraa order sekali yg ada Milk Tea gittew. Harga untuk Salted Egg Butter Chicken ni RM14.90 tapi bila ambil combo Tealive's Classic Roasted Milk Tea with Grass Jelly jadi RM19.90. Cepat sold out ya dalam app ni haha dua kali tak sempat beli. Sold out terus. Jadi kali ni order awal sikit Alhamdulillah dapat juga. Penghantaran pun boleh tahan cepat juga la.


Bila dah sampai tu, fuhh wangi gila. (Sakai mode on). Kat dalam app tu ada dinyatakan apa bahan-bahan yg digunakan. Kunyit, minyak bijan, susu, cili merah, daun kari, telur masin dan dada ayam. Ada juga dia bagi tahu yg "may contain cereals, spicy, dairy, soybeans". Okay untuk tekak seketul Miraa ni, memang ngam lah. Semua la ngam. Ada juga yg cakap portions ni kecil tapi bagi Miraa dah ngam dah. Kenyang ja bila makan. Overall memang okay. User friendly app. Makanan sedap.

Untuk korang yg belum cuba app dahmakan ni, korang boleh tekan link ni untuk daftar. Jangan lupa untuk masukkan code MIRAA2ONQ nanti korang dapat diskaun RM10 untuk 4 order korang yg pertama. RM40 tu diskaun. Aums. App dah makan ni juga selalu ada buat promo. Dekat Instagram rasmi diorang pun ada update promo code. Okay nak pergi order lagi Salted Egg Butter Chicken :9  

Wednesday, 4 September 2019

Balik Kampung Journey

Assalamualaikum. Ini entri lewat terlebih lewat. Ehek. Cerita balik kampung kami yg tidak dirancang sangat pun. Haha. Harini beli tiket, esok balik Sabah, lusa balik KL. Zero preparations, apa ole-ole untuk family di Sabah pun tidak beli. Tapi kami balik ni pun sebenarnya diorang tidak tahu. Yg tahu, Meer, Miraa ngan suami Miraa ja. Okay boleh layan caption digambar yg Miraa attach bawah ni ya.




 Kalau mau cari kereta sewa masa pi Sabah boleh contact @SNKERETASEWASABAH

Thursday, 15 August 2019

Tuesday, 16 July 2019

Jalan-jalan: Langkawi 3 hari 2 malam

Assalamualaikum. Halu. Last week Miraa and my husband went to Langkawi for a short trip. Belated honeymoon la kot HAHAHA. Kitorang bertolak dari rumah dalam jam 2 petang gitu. Lagi pun flight kitorang petang. Tapi sedar tak sedar masa begitu cepat berlalu padahal duduk lepak kat mcd ja minum iced blended mocha.










Dalam jam 6.29pm macam tu kitorang selamat mendarat kat Langkawi. Alhamdulillah. Kejap ja flightnya. Sempat lelap mata dalam 15 minit juga la. Eh eh sedar-sedar dah nak landing. Sampai ja kat airport, kitorang terus ws Uncle B. Orang yg kitorang sewa kereta. Kitorang book Axia masa ws, tapi dapat Myvi. Uncle B kata same rates sahaja. Dapat Myvi yg sedap pula tu.


Dalam 30 minit drive, kitorang sampai dekat hotel. Kitorang ambil Greenish Hotel dekat Kuah. Lepas tu mandi dan rehat kejap baru kitorang teruskan perjalanan ke Pantai Cenang cari makanan. Lepas jalan-jalan tu akhirnya decide untuk makan kat D'Khas Cafe. Miraa order nasi goreng amerika, husband pula order sweet&sour chicken dan tambah sate ayam. Minum dua-dua ambil limau asam boi. Overall biasa saja. Sate ayam tu tengok macam biashe-bisahe tapi okay lah sedap. Total makan malam kitorang kat sini RM44. Lepas melantak, ada lah terbeli 1 backpack. Sebab tiba-tiba beg husband tak dapat nak zip. Lepas tu singgah kedai serbaneka beli mineral water & maggi (wajib kot2 lapar) HAHAHA . Hari pertama selesai. Balik hotel & sambung tidur.

 


Hari ke-dua. Bangun pagi, mandi dan bersiap bersarapan. Termasuk dalam pakej penginapan kat Greenish Hotel. Siap ja makan terus pecut ke jeti untuk Island Hopping. Sikit lagi kena tinggal boat HAHAHA.Untuk Island Hopping ni Miraa dah book awal-awal. Masa tu deposit RM50 dan baki RM10 lagi bayar masa dekat jeti. Dalam jam 9.30pagi bertolak dan tamat dalam jam 1.30petang jugak kot. Untuk Island Hopping ni, kitorang ke Pulau Dayang Bunting, Eagle Feeding & juga Pulau Beras Basah. 



Selesai ja Island Hopping, kitorang balik hotel. Mandi dan rehat. Masyem kot sebab hiking pi Tasik Dayang Bunting. Terus kaki pun sakit HAHAH. Mungkin tanak dah pi sana lain kali. Tobat dah hahahaha.


Dalam jam 4.00pm terus shoot pergi naik cable car. Tapi ini pun sumpah tak nak dah naik lepas ni. Gila-gila ketaq lutut haha. Memang Miraa spesis tak boleh naik tempat tinggi lah ni nampaknya. Sepanjang kat atas tu mood tadak hahaha. Lepas turun ja ada mood sikit.


Untuk dua orang tiket masuk sekali pakej RM70. Basic package. Skycab, Skyrex &3D Art Langkawi. Okay siap ja semua, balik hotel. Rehat dan mandi. Lepas tu keluar pergi cari makan malam. Dan kitorang pi yg dekat area Kuah saja, Desa Permata Ikan Bakar.



Makanan yg kami pilih pari bakar, tomyam ayam, kailan ikan masin, nasi putih x2, sirap ais dan limau air. Miraa nampak ada lamb grill dekat stall kecil depan restoran ni. RM10 saja sepinggan. Lepas tu sedapnyaaaaaaa. Rasa nak beli lagi tapi cukup lah. Hahaha. Jumlah makan malam kami RM47 (termasuk lamb grill tadi). Hari ke-dua, tamat. Tiduuuuuur.




Hari ke-tiga, hari terakhir kat Langkawi. Macam biasa. Breakfast dulu. Lepas tu bersiap untuk bertolak cari pasal. Hahaha. Lokasi pertama kami ke Dataran Lang. Sebab orang kata wajib datang selfie dengan statue helang kalau datang Langkawi. Okay kami pi. Hahaha. Lepas tu Taman Lagenda. Tapi disebabkan tertalu panas, kitorang ambil gambar sikit saja dan tak sempat pun round sampai hujung taman tu. Terus bergerak ke lokasi seterusnya.

 

Pantai Cenang. Haji Ismail Group. Dan terus ke airport. Flight delay lagi sejam hehe. Sampai kat KLIA2 jam 12 tengah malam. AAAAaaannd that is the end of our 3D2N in Langkawi. Jumlah perbelanjaan....


  • Air Asia RM347.84
  • Grab to KLIA2 RM75
  • Greenish Hotel RM250
  • Car Rental RM140
  • Fuels RM40
  • Iced Blended Mocha RM23.85
  • D'Khas Cafe RM44
  • Thai Bbq Seafood RM13.50
  • Desa Permata Ikan Bakar RM47
  • Nasi Campur Suria RM22.50
  • Mint Choco Chip RM18+
  • Lain-lain RM14
  • Island Hopping RM60
  • Tasik Dayng Bunting RM10
  • Skycab + Skyrex + 3D Art Langkawi RM70
  • Souvenir RM35
  • Chocolates RM65.90
  • Mineral water RM13
Jumlah perbelanjaan kami dua orang untuk 3 hari dan 2 malam di Langkawi ialah RM1289.59. Kami tiada ambil mana-mana pakej dari sesiapa. Semua ikut sukati pergi sebab kami tidak punctual dengan masa. Hahaha. Lagi pun tiket beli masa ni bukan on sale, jadi mahal disitu satu. Tapi apa yg best, kami pergi masa ni bukan peak season jadi tak ramai orang sangat. Tidak crowded hehe. 
InshaAllah will vlog again bila dapat pergi Langkawi lagi. Vlog haritu semua terpadam sebab channel youtube dah kena suspend hehe. Thanks for reading. 

Thursday, 4 July 2019

Delyva: Receiving My Courier Bag


Assalamualaikum semua. Okay dalam entri kali ni Miraa nak share dengan korang semua tentang Delyva which is company yg ada buat servis penghantaran parcel korang. Tapi bukan tu je servis yg diorang ada sediakan. Antara servis lain yg diorang sediakan dalam website diorang, Deposit my cheque, Buy Me Food, Shop For Me and Runner. Korang boleh cek dekat sini  dan daftar secara PERCUMA.

Jadi baru-baru ni Miraa ada order 50 helai plastik bungkusan Delyva ni melalui shopee. Harini order, esok pagi dah sampai. 

Nanti Miraa akan update macam mana nak gunakan servis melalui Delyva ni dekat korang ye. Stay tuned. 


Stay connected:
Instagram @miraahussin24