Wednesday, 10 April 2019

RESEPI AYAM POPCORN / HOMEMADE CHICKEN POPCORN


RESEPI AYAM POPCORN / HOMEMADE CHICKEN POPCORN | Assalamualaikum wbt & salam sejahtera. Harini nak buat entri pasal homemade chicken popcorn. Resepinya sangat-sangat lah senang untuk sesiapa buat. Okay jom kita start.


Bahan-bahan 1:
1/2 cawan susu
1 sudu garam
1 sudu serbuk cili
1 sudu serbuk bawang putih
1/2 sudu serbuk halia
1 sudu soy sauce (Resepi asal ada ini tapi Miraa skip)
2 sudu lemon juice/cuka(sama juga Miraa skip)
1 biji telur

Kacau semua bahan-bahan 1 then boleh letak isi ayam dan perap selama 4-6 jam.

Bahan-bahan 2 :
1 1/2 cawan tepung gandum
4 sudu tepung jagung
1 sudu garam
1/2 sudu serbuk cili
1/4 sudu lada hitam
1/2 sudu lada putih
1 sudu serbuk halia
1 sudu serbuk bawang putih


Campur semua bahan-bahan 2 lepas tu boleh lah masukkan ayam yg sudah diperap tadi. Lepas tu goreng dalam minyak yang panas. Pastikan betul-betul panas. Bila dah golden-ish warna ayam tu, boleh lah angkat. Ashiaapp.

Untuk first tu Miraa buat macam dalam resepi (walaupun skip 2 bahan hihi) lepas tu untuk kali kedua Miraa cuba untuk buat yg spicy sikit. Bahan-bahan 1 untuk perapan tu Miraa tambah 1 sudu cili kisar. Bahan-bahan 2 pula Miraa guna 3 sudu serbuk cili. Boleh lah sikit-sikit macam ayam mcd. Eh haha.

Kalau Miraa suka beli ayam yg sedia ada dalam paket-paket tu. Ada dekat Jaya Grocer, Tesco, Giant dan tak pasti lagi pasaraya mana yg ada ahaha tapi senang dapat. 1 paket yg RM7 tu Miraa boleh dapat 1 pinggan penuh sampai jatuh tergolek lagi. Mungkin sebab terkembang lepas kena perap hahaha.

Yg kiri ni original kanan spicy. Gambar ori kurang terang sebab masa tu snap terus ngap tidak sempat zoom hahah
Dua kali goreng dua kali dapat kuantiti dua pinggan macam ni. Banyak la kan . Ka tida? hahaha

Apa-apa pun, resepi ni paling senang buat dan rempah-rempah yang dibeli tu bukan boleh guna untuk sekali masak sahaja. Boleh guna banyak kali jadi tiada pembaziran disitu. Kalau nak buat untuk frozen rasanya lepas perap dengan tepung tu boleh kot simpan terus dalam freezer so bila nak makan chicken popcorn terus boleh goreng. Tapi RASANYA ja lah. Sebab Miraa buat terus masak dan makan tiada simpan-simpan haha. Korang boleh tengok video masak yg Miraa buat ni sekali. Okay good luck.



Love,
Share:

2 comments:

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini