Sunday, 2 June 2019

Pregnancy...

Assalamualaikum. Fuh tajuk tak boleh bawak bincang ahaha. Macam mana nak mula ya... Ahahaha. Okay lah. Bulan Januari haritu Miraa perasan yg perangai Miraa pelik sikit. Asyik pening kepala, asyik muntah bila makan banyak sangat. TAPI masa ni tak fikir langsung pun pasal hamil. Ya laa, baru sebulan kahwin. Lagi-lagi masa tu azam baru masih tinggi. Rajinlah naik basikal untuk trainning tu. Period lewat. Pi la cecuba guna pregnant test strip tu. Tapi takde pun HAHAHA. Tak lama lepas tu tiba-tiba period lama sangat sampai 10 hari. Lepas tu banyak sangat. Dalam hati, okay. Sebab delay kot. Tiada isu lagi sebab happy lah period masih lagi disiplin.

Then bulan Feb pun berlalu macam biasa.  1 March tu cuba upt lagi tapi line saaaaaaamaaaaaaaar gila hampir tak nampak. Lepas beberapa hari, cuba lagi ilang. Okay. Fake alert kot hahaha. Tapi perut selalu sangat cramp. Pinggang pun sakit. Naik tangga pun mengah padahal sebelum ni okay lagi. Muntah-muntah pun masih on. Ok. No. Kalini kena jumpa doktor tanya apa masalah badan ni. 5 March tu pi la Klinik Siti Dato Harun. Meluah lah konon kat doktor itu ini itu ini. Siap scan lagi perut takut-takut cyst ataupun fibroid. Tapi Alhamdulillah tiada benda tu. Doktor kata mungkin perubahan hormon. Okay... Lepas tu 15 March ada la ni mengada pi lagi cuba upt. Kalini tiber line samar juga naik hahaha ah sudah. Dari upt biasa sampai yg digital dah cuba but tiada juga yg terang masa ni. Okay. Mungkin sebab terlalu fikir pasal pregnant sampai gitu. 

April makin teruk cramp ngan sakit pinggang. Terus pi Klinik Aishah Desa Mentari. Scan tiada juga apa-apa benda yg serious. Cuma dia kata mungkin kencing kotor. Terus suruh bagi urine sample. Lepas beberapa minit tu dia panggil. "Okay for sure you're not pregnant, tapi betul kencing kotor" ah sudah. Padahal minum air banyak kot hahaha. Then dia bagi antibiotik dan untuk minum tu. Kalau belum period juga nanti datang semula dia bagi ubat untuk keluarkan period tu. Okay muka sis terus masyam sebab kena cakap kencing kotor hahah mungkin sebab tahan kencing kot.

Bulan May ni sakit pinggang kemain mengada. Perut pun cramp then rasa macam ada benda bergerak. Gila cuak. Lepas tu 19 May ni kemuncak la. Sakit pinggang sampai suami sis risau (ngaahahaha sorry) terus dia bawak pi Klinik Siti. Nasib baik time tu tiada orang. So waiting time pendek hehe. Sama juga prosedur, mengadu lepas tu scan. Sama juga takda nampak cyst atau fibroid. Tapi doktor kata berkemungkinan besar, batu karang. HAAAAAAAAA SUDAHH. Then dia suruh ambil sample urine . Tapi time ni kan puasa. Miraa punya lama dekat dalam tandas tu sempat main game lagi. Then tiada hasil. Lepas tu doktor kata tunggu dulu rasa nak kencing baru pi. Duduk lah scroll-scroll mengenang nasib cuak pasal batu karang... Lepas tu rasa nak kencing, terus pecut pi tandas. Sikit gila haha. Lepas submit urine sample terus duduk tunggu doktor panggil. Masa masuk tu muka pasrah lah nak kena cakap ada batu karang. Tapi tiba-tiba... "Memang kencing kotor tu ada, tapi tahniah lah puan mengandung" SERIOUS AH?! Tu ayat yg keluar hahaha. TERANG GILER upt tu. Lepas tu doktor cakap lah mungkin masih baru sebab tu tak nampak. Atau mungkin sebab lemaks Miraa ni tebal sangat kan gahhaaha. Doktor suruh datang lagi 2-3 minggu.. Fuhhh berdebar kau...

31 May... Lepas ja sahur, kepala pening. Sampai tidak sedar pun dari pagi sampai tengah hari tu tidur. Petang tiba-tiba nampak ada tompok brown. Lepas berbuka tu rehat kejap terus pi Klinik Siti jumpa doktor. Sebab kalau ada pendarahan doktor kata terus datang. Sampah ja klinik, doktor scan tiada apa-apa. Sebab sepatutnya dah nampak baby. Tapi ini tiada, Dia suruh refer dekat hospital. Dan malam tu jugak tahap ingin tahu tu kuat. Okay, terus pergi Hospital Sungai Buloh.


Dalam pukul 10.30pm sampai hospital. Lepas daftar, dalam jam 12.00am tunggu nombor giliran. Sejam juga lah menunggu then jam 1.20am tu selesai jumpa doktor dan buat upt negative. Dua kali doktor buat. Tapi lepas tu dia kata dia call dulu doktor pakar. Okay sampai lah pukul 1.40am dua kali Miraa tanya boleh balik dah? HAHAHA ngantuk kot. Then dia kata nak hantar untuk observation... Dalam pukul 3am tu dah kat wad yg untuk pemerhatian tu. Siap tukar kain dan scan dari bawah pula. Tidak nampak baby juga. Lepas tu doktor bagitau lah 3 kemungkinan. Sama ada terlalu awal,  tidak mengandung, atau mengandung tapi luar rahim. Jadi doktor ambil darah untuk hantar ke makmal. Pukul 4am tu doktor suruh rehat dekat katil sambil nak tunggu result darah tu. Tapi dalam pukul 5am baru dapat pejam mata... Then dalam jam 5.40am tu nurse kejutkan, result dah keluar. Doktor pun terangkan lah yg Miraa tidak mengandung sebab test darah below 1.2 dan bagitau kalau ada pendarahan yg banyak datang semula. Thank you to my husband yg sanggup bawa Miraa pi klinik dan tidak sempat rehat lepas balik kerja.. Lepas tu terpaksa tidur dalam kereta tunggu bini dia keluar :') Ahaha emosi. Dalam 6am lebih tu kami bertolak balik ke Petaling Jaya. Sampai rumah terus tidur kepenatan...

Wew. Tidak berakhir macam cerita orang lain kan? Hehehe. Bukan rezeki. Umi Miraa cakap mungkin masa Miraa sakit perut dan pinggang tu lah keguguran. Sebab dia pun pernah macam tu dulu. Sebab tu masa pergi dekat klinik dia masih positif. Tidak apa lah, belum tiba masanya lagi untuk jadi mommy. Ehek... Btw hello 2nd June. Genap 6 bulan Miraa & husband kahwin. Hehehe. Happy monthsarry dearest husband...
Share:

2 comments:

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini