Monday, 26 October 2020

Migha Review: Cadar 6 in 1 Ready Stock Malaysia

Assalamualaikum and hi guys. Hari ni nak update quick entry hehe. Cousin husband ada jual cadar thru online. Sabtu lepas Miraa ada order sebab ada flash sale, diskaun RM10. Total semua RM80 sahaja termasuk postage ke Semenanjung. Cadar 6 in 1 ni ada 1 cadar fitted, 2 sarung bantal, 2 sarung bantal peluk dan 1 selimut tebal ( comforter ) a.k.a selimut hotel orang cakap ahaha. Giler  tak berbaloi?


Beli cadar ni tak bagi tahu husband pun. Dia fikir cousin dia pinjam alamat kejap haha. Mau kena jelingan boskur hahaha. Tapi lawa giler kot! Dalam gambar sama macam realiti. Tantek! Miraa pilih warna marble pink. Cadar dia muat tilam queen. Tapi ada lebih sikit. Mungkin kalau tilam queen tebal tu fit just nice. Lepas tu yg marble pink ni comforter dia ngam-ngam atas queen bed. Meaning to say, takde lebihan ke tepi. Alaa refer gambar atas ni je la senang citer ahaha. 

Btw Miraa dapat ni masa ada flash sale tau. Ada design yg tertentu on sale. Banyak sangat design yg lawa-lawa. Ni kalau bulan depan Miraa rembat lagi cadar, mau kena cubit telinga. Ahakz! Korang boleh usha kat Instagram Wyndya Closet kalau nak cuci-cuci mata nengok cadar. Hehe. Happy shopping guys!

Love,

Friday, 2 October 2020

Bento #11: Fettuccine Pomodoro


Fettuccine Pomodoro with Chicken balls and sausages. Terselit sekali DFCC No Cheese for him today. Bwahaha. Yey esok bento off. Btw have a nice day everyone and Salam Jumaat 🌙

Love,

Thursday, 1 October 2020

Wednesday, 30 September 2020

Bento #9: Pan Grilled Chicken


Bento #9: Pan Grilled Chicken | Assalamualaikum, hi and gewd morning! Disebabkan semalam telajak snooze alarm lagi, hari ni come back awai bangun no re-tidur ahaha. Bento husband harini pan grilled chicken, salad dan DFCC No Cheese. Aaa gittew hahaha. 


Grilled chicken tu pakai sos bbq ja pun. Lepas tu salad Miraa sertakan sekali sos chilli mayo. DFCC ni pulak, jeng-jeng-jeng! I'm now and officially authorised reseller for MAMASAB. Boleh tengok dekat highlights instagram Miraa tau. Hihi. Btw have a nice day guys!

Love,

Monday, 28 September 2020

PEARL MASK EXTENDER MURAH READY STOCK

Assalamualaikum korang. Haa kalau korang nak cari mask extender pearl yg murah, boleh visit ig Miraa atau pun tengok dekat blog online shop Miraa tau. Miraa ada jual mask extender ni. Made by me hehe. RM8 sahaja untuk satu mask extender (tak termasuk postage)

Ini cara korang nak pakai mask extender tu. Cuma sangkut hooks tu dekat tali face mask, dan pakai. Hehe masalah terlupa pakai face mask bila dah pakai tudung is solved! Dan tak sakit sangat lah telinga sebab dah ada mask extender ni. Sambil feeling diva uolls.




Selain daripada face mask extender, Miraa ada juga ambil custom made Tasbih 11, 33 dan 99. Tasbih 11 ni ada yg jenis biasa, jenis ada charms dan juga keychain. Sesuai untuk bagi hadiah dekat kawan-kawan dan family atau untuk doorgifts. Kalau korang berminat, boleh lah intai-intai Instagram Miraa atau blog shop Miraa tau. Until next entry hehe. Bye.

Love,

Bento #8 : Terlajak Snooze Alarm


Bento #8 : Terlajak Snooze Alarm | Assalamualaikum & hi guys ahaha. Fuhh busy betul sampai lambat update bento series untuk hari ni. Okay tadi pagi terjaga dalam jam 3 dan 5, terus terlajak pulak snooze alarm ahaha. Akhirnya bento untuk husband harini cuma nasi putih, nugget ayam, sausages, crabstick dan juga coral lettuce sebagai salad. Harap-harap esok Miraa tak terlajak snooze alarm pulak ahaha. Until next bento guys. bye!

Love,

Thursday, 24 September 2020

Bento #7 : Sate Daging Pan


Bento #7 : Sate Daging Pan | Assalamualaikum and hi. Bento hari ni simple sangat. Daging tu masak style buat sate tapi takdak kuah kacang ahaha. Perapan untuk daging tu Miraa blend bawang besar, serai lepas tu letak gula merah dan garam secukup rasa. Baru lah masak dekat pan. Lepas tu husband request nak nugget & sosej je. Makan dengan nasi bawang. Nasi tu gaul dengan bawang goreng time nasi panas-panas lagi. Lupa sebenarnya letak coral lettuce dia as salad ahaha. Asyik fikir small biz kiter. Esok Miraa update ya. Stay tuned!


Love,

Wednesday, 23 September 2020

Bento #6 : Fettuccini Aglio Olio


Bento #6 : Fettuccini Aglio Olio | Assalamualaikum & hi guys. Setelah seminggu lebih Bento off, harini mula balik awal pagi bangun sediakan untuk husband. Dengan menu yang paaaaaaaaling simple hahaha. Fettuccini Aglio Olio. Korang cuma perlu tumis bawang putih, cili potong dan juga ayam. Lepas tu letak perasa dan juga fettuccini tadi. Letak air sikit kalau jenis yg suka makan ada kuah sikit. Cili bergantung korang nak pedas tahap macam mana. Side dish husband kali ni blackpepper cocktail sausages, nugget & juga sos cili mayo. Cuma mix sos cili & mayonis senang sangat hihi. Okay until next bento! Bye-bye.

Love,

Monday, 21 September 2020

Balik Kampung To Sabah


Assalamualaikum & hi guys. Seminggu jugak lah Miraa hiatus dari blog. Haha. Daily entry for this September memang failed lah. Wahaha. Okay so 12 Sept Miraa fly dari KUL ke BKI. Tak banyak pun yang berubah. Cuma WAJIB untuk isi borang online / offline sebelum masuk ke Sabah atau Sarawak. Ada QR code yang korang boleh scan masa nak drop luggage. Kalau korang isi online, korang screenshot siap-siap QR yg kena generate dari fon korang. Kalau yg tak isi online, korang perlu isi juga masa dalam flight. Nanti bila sampai dekat Sabah, akan ada petugas khas yang asingkan lane untuk yg isi online dan juga offline. Kalau ada tanda-tanda macam batuk atau selesma, korang kena swab kot.  Hihi. 


Anyway! Ni first time fly sorang dengan bagasi yang banyak gilos bahaha. 1 luggage besar, 1 luggage kecik dan 5 pula kotak-kotak. Siap-siap beli 40KG kaww. Max dah tu. Plan nak tambah lagi takut terlebih. Nasib baik kotak-kotak ringan ja. Dan kalau tak boleh detect dekat self drop bag tu, korang kena pi kaunter yg ada staff diorang tau. 1.5KG dah tak detect dah self drop bag tu. Alhamdulillah cukup semua barang masa sampai kat Sabah.


Sampai Sabah Miraa ada buat sekali mask extender hehe. Testing ja. Dalam 20 pcs Miraa drop dekat kedai kawan Miraa. Kalau korang nak beli nanti try lah pi Familia Boutique Vendor. Sebelah kawasan J&T dekat Papar. Miraa buat entry lain ye pasal mask extender ni.


Sepanjang minggu kat rumah, Miraa memang the driver lah kalau nak turun pekan. Bahaha. Tapi kereta auto boleh lah. Kalau manual ampun hahah. Bezanya kali ni balik kampung, tak singgah pi homestay. Sebab uncle ada yang high risk. Takut lah kot-kot ada virus yang Miraa bawak. Lagi pun homestay belum siap pun. Hihi. Most of the time Miraa dekat rumah, tak update blog sebab takdak mood dan idea kelaut. Lepas tu letrik asyik buat hal. Masa sampai, hujan lebat plus ada pokok tumbang. Letrik takdak sekali pakej air takdak. Haha. Second and beberapa hari selepas tu pula bekalan letrik tak kuat.


Balik Sabah kali ni sebab nak celebrate birthday Umi. Tapi birthday kalini takde kek. Hujan masa 15 Sept tu. Miraa keluar pun 14hb tu bawak Umi pi beli pasu-pasu dia, cuci-cuci mata tengok kedai, beli barang groceries. Dan sebelum nak balik tu turun lagi pergi JPJ sebab my mom punya lesen dah expired 2018. Gangster siot drive selama ni lesen mati hahaha. Sepanjang minggu Miraa yang masak sampai diorang semua naik muak asyik makan bahahha. Cuma last day, diorang panggang ayam. Then that is all for my balik kampung journey this time. Flight noon kali ni. Hehehe dapat lah tengok view.


Sampai ja KL, direct pi IKEA Cheras. Nak beli meja Linnmon & Adils. Dah semangat tau amik Linnmon, sekali tengok Adils semua takdak. Simpan balik. Ended up with only Lack. Boleh lah kot untuk nak buat-buat mask extender nanti. Satu meja dekat mini kitchen Miraa, lepas tu meja Linnmon yang sekarang ni penuh oleh speaker dengan laptop ja. Memang nak cari meja lain jugak untuk Miraa nak gambar-gambar sekali produk hehe. Wish me luck on my smoll biz guys!


Selain kek kak kiah, Miraa bawak sekali cili padi yg my mom tanam. Pedas giler! Sebijik je dah keluar air mata makan hahaha. Tapi yang ni Miraa sampai je terus buat jeruk. Cili , bawang putih, garam, gula dan cuka. Hopefully sedap lah nanti. Okay that's all for this entry. Next bento entry will be on Wednesday sebab harini dan esok my husband cuti hahaha. 

Love,

Friday, 11 September 2020

Bento #5 : Sweet & Sour Chicken


Bento #5 : Sweet & Sour Chicken | Assalamualaikum & hi. Menu untuk hari ni Miraa masak Ayam Masak Sweet & Sour versi paling simple. Asalkan ada rasa masam manis dia haha. Lepas tu Miraa buat telur gulung yg dalam dia ada seaweed & also kuih bakwan.

Ayam Masak Sweet and Sour
Miraa guna dada ayam lepas tu potong kecik-kecik & letak garam secukup rasa sekali dengan lada sulah. Lepas tu goreng. Kuah dia pula tumis bawang merah dan bawang putih. Tapi part ni Miraa tumis sekali dengan capsicum, baru masukkan sos cili dan juga sos tomato. Tambah air sikit supaya kuah banyak. Request dari husband ler tu. Haha. Letak gula dan garam secukupnya. Bila dah siap, masukkan ayam yang dah digoreng tadi.


Telur Gulung Seaweed
Yang ni senang saja, masak telur dadar cuma kena letak seaweed lepas tu gulung sikit-sikit. Yang ni mungkin first and last lah kot buat. Tak ngam betul dengan tekak iolls hahaha. Rupa dah macam wow sikit tapi... Ekkkkk! Tamau dah hahahaha. Harap husband makan la wakakaka.

Bakwan (Vegetable Fritters)
Takkan asyik nugget sosej je kan. Hari ni terlebih rajin pi buat bakwan. Tapi rasa mungkin kurang lah daripada selalu sebab kurang bahan. Dah lah terhangus sikit dan terlebih tepung. Ish! Versi Miraa tadi cuma guna kubis, carrot, bawang, tepung, garlic salt, lada sulah. Ahaha. More to bak(negative)wan.


Nasi tu tiada extra seasoning or flavoring. Cuma letak black sesame seeds sebagai garnish. Miraa masukkan sekali daun salad dan tu je lah untuk bento ke lima ni. Hari ni guna bekas makanan hadiah kahwin. Muahaha. Thank you yang bagi haritu. Hihi memang suruh Miraa buat bekal untuk husband HAHAHA. Okay lah. Esok sampai minggu depan off bento sebab... Jeng jeng jeng! Nanti Miraa update. Until next bento and post! Bye-bye and have a nice day.

Love,

Thursday, 10 September 2020

Bento #4 : Spaghetti Aglio Olio


Bento #4 : Spaghetti Aglio Olio | Assalamualaikum & hi! Hari ni pasta kind of day. Miraa guna spaghetti untuk buat aglio olio yang warna warni ni. Lol. Cara nak sediakan senang ja, korang boleh tengok Resepi Aglio Olio Ayam ni dan cuma perlu tukar cili kepada capsicum. Miraa guna 3 warna supaya nampak meriah.


Side dish nothing special, goreng nugget dan rebus sosej jaa. Hahaha nampak tak sedikit lost dah nak masak apa padahal baru 4 bento bahaha. Acaner lah orang boleh keep on kembangkan idea diorang nak buat bento yang wow eh. Aih. Okay lah, until next bento! Have a nice day. Bye-bye!

Love,

Wednesday, 9 September 2020

Bento #3 : Black Pepper Beef + String Beans


Bento #3 : Black Pepper Beef + String Beans | Assalamualaikum & hi! Bento ke 3 Miraa untuk minggu ni ialah Daging Masak Lada Hitam dan juga Kacang Buncis Tumis. Tapi macam biasa lah Miraa takde record sebab malas sangat hahaha. Acaner nak maju kan? Isk isk isk.

Black Pepper Beef
1. Potong capsicum ikut cara korang suka dan potong juga daging nipis-nipis.
2. Panaskan minyak dan masukkan bawang kemudian masukkan daging sambil letak lada hitam.
3. Masukkan garam sikit lepas tu kicap manis. Biarkan masak kejap.
4. Last sekali masukkan capsicum. Kalau jenis nak kuah lebih, boleh tambah air.

String Beans
1. Bersihkan dan potong kacang buncis dan juga lobak.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang kemudian masukkan lobak.
3. Bila lobak dah lembut sikit, boleh masukkan kacang buncis.
4. Masukkan garam secukup rasa. Siap.


Alaa stir-fry / tumis macam biasa ja uolls. Haha cuma bezanya Miraa buat portion sikit sahaja dan Miraa gunakan pan kecik cenonet untuk buat pancakes/omelettes hihi. Nasi tu pula Miraa gaul dengan bawang goreng. Jadi wangi tau nasi tu terus. Yang telur gulung tu pula sebenarnya silap. Sepatutnya gulung masa tengah masak, tapi Miraa terbuat telur dadar lah pulak. Dah kena gulung haha dah lah tak melekat. Tapi takpa asal boleh makan.


Last sekali, semua Miraa tabur dengan biji bijan / sesame seeds. Sayur Miraa letak yang biasa, yang kat nasi yg hitam. Baru naik sikit rupa bento kiter hahaha. Nak kata healthy tak jugak, sebab gunakan minyak masak biasa ja. Mungkin kalau guna olive oil baru healthy sikit haha. Tapi tak jugak, sebab pi buh sekali air tin HAHAHA. 

Okay lah tu ja untuk entry kali ni. Ni tengah fikir lagi nak masak apa esok. Sebab macam nak buat semua pulak hahaha. Until tomorrow guys, InshaAllah. Bye! 

Love,

Tuesday, 8 September 2020

Bento #2 : Spaghetti Bolognese


Bento #2 : Spaghetti Bolognese | Assalamualaikum & hi guys. Harini lewat sikit update sebab ada kerja sikit hihi. Bento kedua Miraa untuk husband simple ja. Menu ni dia request lama dah. Cuma baru terrrmasak. Spaghetti bolognese ni Miraa dah prep awal dah. Semalam lagi dah siap rebus pasta dan kuah dia. Cuma asingkan dalam bekas dan simpan di peti sejuk.


Nampak dalam Kelab Bento Malaysia kat Facebook mostly masak pasta hari ni. Pasta kind of day lah kot haha. Geng-geng untuk bolognese husband harini macam biasa. Seasoned coral lettuce, yg ni tabur garam ngan lada hitam sikit ja. Lepas tu pan grilled chicken tu pula sapu dengan garam & lada hitam juga lepas tu masak atas pan dan potong last sekali tabur black sesame seeds atas dia. Nugget ayam pulak goreng macam biasa jaa laaa.


Paling kelakar sekali sosej ni je la haha. Miraa tengok dalam Pinterest comel tau! Tapi dia gunakan sosej yg kontot2 tu koktel kot. Tapi Miraa pi guna sosej yang panjang then potong dua. Yang ni Miraa rebus. Kalau korang goreng nanti dia akan berkedut. Lagi seram weh muka sosej ni nanti haha. Lepas tu Miraa guna black sesame seeds untuk hiasan jadi mata. Tu je lah Bento untuk husband hari ni. Ni tengah fikir pulak esok menu apoo nak masak untuk husband. Hihi. Lepas ni korang boleh klik bahagian Bento dekat menu atas ya. Miraa akan simpan entry bento Miraa sana. Btw have a nice day everyone! Bye-bye .

Love,

Monday, 7 September 2020

Bento #1: Unboxing & Preparing My 1st Bento


Unboxing & Preparing My 1st Bento | Assalamualaikum & hi! Happy Monday everyone. Hari ni semangat lain maciam sebab nak buat bento box for husband. Dah berapa lama entah planning baru hari ni muncul semangat tu kaww. Menu hari ni simple ja sebenarnya. Hehe.

Nasi tu miraa sejukkan lepas tu bentukkan dekat atas plastic wrap supaya tak buat banyak mess sangat, balut dengan seaweed. Itu saja. Tiada inti atau extra flavouring. Hahahahahahaha.


Coral lettuce tu pula Miraa sprinkle dengan black pepper & garam. Baby carrots tu pula Miraa rebus sama juga dengan crab sticks tu. Yang kiri tu pula nampak ja macam Devil Eggs, tapi bukan. Ahaha. Memandangkan husband bukan penggemar telur kuning, Miraa rebus kentang sikit dan guna tools untuk buat kuih semperit tu. I call it, Deviled Egg-tatoes Bahahahaha.

Nampak healthy kan? Tapi ada nugget sebenarnya tersembunyi bawah nasik tu hahaha. Miraa punya expectation akan muat lah nak susun nugget dekat sebelah nasik, ehhhhhhh tak muat. Jadi Miraa pun sorokkan dia dekat bawah nasik ja. 

Btw Miraa selitkan juga video unboxing bento / lunch box ni hehe. Enjoy!



Love,
#bento #bentobox #lunchbox #lunch #bentoanak #instafood #food #japanesefood #tumpeng #bekalanak #dpa #bentoboxlunch #lunchboxideas #nasibox #foodporn #nasikuning #sushi #foodart #tumpengmini #foodie #obento #nasikotak #kidslunch #bentolunch #healthyfood #bentolucu #yumbox #bentoideas #homemade #bhfyp #foodstagram #kyaraben #cutefood #bekal #bentokids #cutebento #frozenfood #lunchideas #bentolunchbox #bentoultah #bentoph #ramen #cetakanbento #nasibento #bentoforkids #charaben #catering #bentoboxideas #nasitumpeng #kidsbento #surabaya #cetakannasi #kawaiifood #tumpengenak #schoollunch #yummy #tumini #bentomurah #kuliner #momlife