Tuesday, 30 June 2020

BANJIR KILAT DI PAPAR SABAH 27 JUN 2020

BANJIR KILAT DI PAPAR, SABAH 27 JUN 2020 |  Selepas 2 tahun berlalu (Banjir Kilat 31 Mei 2018), kejadian sama berulang kembali. Ya. Banjir kilat. Hampir separuh rumah ditenggelami oleh air kali ini. Betul-betul tiada petanda yg akan banjir lagi sekali dan antara yg paling buruk. Miraa masa ni di Selangor. Keluarga di Sabah saja yg terkena. Hujan lebat tidak berhenti dari 1 petang sehingga malam. Boleh tengok video ni. Antara footage yg Umi Miraa rakam sebelum, semasa dan selepas banjir.


Peti sejuk rosak, freezer rosak, tv rosak, monitor-monitor diorang semua rosak. Kereta proton tenggelam, perabot-perabot, tilam semua tenggelam. Selipar-selipar diorang yg lain semua hanyut entah ke mana. Tapi Alhamdulillah keesokkan harinya, air surut dan family Miraa dan kucing-kucing di rumah semuanya selamat. 


Homestay? Alhamdulillah kali ni homestay tidak terjejas teruk oleh banjir. Tapi, tanah runtuh lah. Menghalang laluan masuk. Kereta tidak dapat lalu lagi balik. Bukan setakat area Papar, tapi kali ni banyak daerah dan kampung-kampung yang turut terkesan oleh banjir ni. Di hari yg sama. Ada juga kawan-kawan Miraa yg rumah diorang baru semalam air surut sepenuhnya. 


Ini beras yang kena banjir. Uncle Miraa basuh dan jemur. Alhamdulillah elok lagi. Berpuluh-puluh kilo lagi beras yg ditenggelami oleh air di kedai runcit Aunty Miraa. Mau jual memang tidak boleh lah sudah. Belum lagi kiraa rumah Uncle Miraa yg satu, rumah habis tenggelam sebab dekat kawasan yg rendah berbanding rumah Miraa. Haih.

Stay safe everyone. Musim-musim tengkujuh ni kamu batalkan dulu niat untuk pergi mandi manda di sungai. Bukan kita boleh ramal bila banjir mau datang lebih-lebih lagi banjir yg besar macam ni. Pray for Sabah and other affected areas. Semoga urusan kamu semua dipermudahkan.

Update:

Love,

MAKAN-MAKAN DI IKEA, CHERAS MASA PKPP

MAKAN-MAKAN DI IKEA, CHERAS MASA PKPP [ MYTOWN ] | Assalamualaikum and hi guys! Ceh hahaha. Sabtu lepas Miraa dengan husband pergi makan-makan dekat Ikea. Ya. Memang kami pergi Ikea untuk makan jer. Masa masih PKPB ada pergi jugak tapi line untuk beratur nak masuk dari parking tu fuhhh! Tiada obat. Panjang ke hujung boskur. Kalini pi pula bukan masalah line beratur tapi dua kali kena pusing-pusing dekat highway sebab dua jalan ditutup.

Long story short, ini antara menu-menu yang kami beli masa dekat Ikea Restaurant.

Ikea Meatballs

Buffalo Chicken Wings


Awalnya plan nak makan salted egg chicken wings tu tapi dah tak ado lah pulak. Kecewa jugak lah sikit sebab bulan Januari haritu dah makan memang sedap gilos! Tapi yg ni pun jadi la. Melepas cravings yg berbulan-bulan disimpan hahahaha. Hand gloves tu bawak sendiri dari rumah. Puas hati makan sampai ke tulang! Terus feeling-feeling macam makan dekat Kyochon pulak daa hahaha. Husband Miraa makan Penne Bolognese macam biasa. Sebab dia ni peminat pasta. Meatballs pulak kitorang share. 

Blueberry Cheese Cake
Last sekali, Blueberry Cheese Cake. Yang ni Miraa makan sorang sebab husband bukan penggemar cheese. Memang puas hati lah makan sorang. HAHA! Perut pun dah kenyang, kitorang teruskan perjalanan cuci mata. Nak cari refill lint roller (Bastis) tapi habis stok lah pulak dekat Ikea Cheras. Masa otw nak keluar buat pembayaran, nampak pokok kelapa kecik. Wahaha! Kita rembat. Bila google pasal chamaedorea elegans, ni jenis kecik. Tapi belum lagi buat research dia akan tinggi sampai mana nanti hahaha.

Korang kalau nak datang Ikea, make sure ada isi perut sikit lah. Takut fengshan pulak masa beratur haha. Bukan beratur nak masuk Ikea je  tau. Nak pergi restaurant dia pun kena beratur dulu. Lepas tu dah masuk, nak kena cari tempat duduk lagi. Masa kitorang datang tu, meja banyak yang kosong. TAPI, kerusi yg tak hado hahaha. Okay until next then. Bye-bye!


Love,

Monday, 22 June 2020

MY DIY FLOATING PLANT SHELVES

Assalamulaikum guys. So yesterday (Sunday) I've requested my husband to make me a floating shelves for my plants. Hehe. Sebab makin banyak pula pasu-pasu Miraa sejak duk beli bunga jaa kerja sepanjang pkp ni. Ada yg beli dekat nursery, online & aeon. Jadi kita pun nak DIY kononnya. L bracket tu beli dekat kedai eco. RM2.10 seunit. Miraa beli 6. Sebab nak buat 2 layer rak bunga. Lepas tu, playwood ni RM15.20 dekat shopee. Size 2ft x 4ft. Mintak diorang potong jadi 1ft x 4 ft. Tambah caj RM5. Drill pun Miraa beli dekat Shopee jugak. Hehe. Nanti Miraa listkan link dekat kedai mana Miraa beli.


Ini first time husband buat kerja-kerja mengdrill. Awalnya memang gelabah jugak lah masing-masing sebab takut tertembus sampai rumah jiran hahaha. Alhamdulillah tak tembus HAHAHAH. Lepas tu, plastik tu Miraa tape kan dekat dinding macam tu. Dekat bahagian bawah tempat yg kitorang nak drill supaya habuk tak bersepah. Ni Miraa nampak tukang buat macam tu masa datang rumah pasangkan tv kat dinding. Sebab sebelum ni orang pasang aircond tak buat macam ni, bersepah habuk-habuk masa mengdrill tu. Function gilaa tips dia ni. Tak bersepah langsung. Kawasan yg lupa pindah plastik je lah bersepah habuk hahahaha.


Tara! Siap sudah floating plant shelves Miraa. Buat masa ni Miraa siram pokok ni dekat luar dan tunggu kering baru simpan semula kat sini sebab playwood tu masih bogel belum balut guna wallpaper. Sebab wallpaper belum sampai haha. Nanti Miraa update lagi bila dah siap balut dan pasang lampu untuk pokok-pokok Miraa ni hehehe. Btw ini list & link untuk barang-barang yg Miraa guna masa buat floating shelves ni.


Love,

Sunday, 14 June 2020

Saturday, 13 June 2020

FIRST TIME MAKAN BAKSO MERCUN | PETALING JAYA


Assalamualaikum. Ini first time selama 25 tahun hidup, Miraa makan BAKSO MERCUN. Selama ni makan bakso biasa ja dengan bakso beranak tu selalu nampak. Tapi rupanya bakso mercun pun ada. Haa nampak sikit sakai Miraa kan? Dulik apoh hahaha.

Miraa antara yang terawal lah kononnya dapat makan bakso mercun dari kedai Sate Minang Mak Buyuang ni. Wahh gittew! Bangga okay. Hahaha. Ni menu yg coming out soon lah kat kedai diorang. Harga sama macam bakso beranak. RM8 sebungkus. Buat masa ni tiada dine-in ya. Semua take away. Kedai diorang selalunya buka pukul 4 petang sampai 9 malam. Apa-apa perubahan korang boleh stalk dekat Facebook atau Instagram diorang. Sate Minang diorang pun sho shedap guys.


Untuk satu bungkus bakso mercun ni sangat-sangat lah berbaloi ya. Kenyang giler lepas makan. Lepas tu rasa dia tak pedas sangat. Untuk orang yang bukan makan pedas sangat, korang dah tak perlu nak tambah-tambah lagi cili-cili lain. Sebab dah cun-cun. Yang hantu cili, haa sila lah tambah bebanyak pun tak apa. Hahah. Bebola daging (bakso) tu pun bukan oksigen ya temen-temen. Tebal, dan dalamnya ada berisi daging sekali dengan sambal/cili a.k.a mercunnya. Gittew. Kalau rumah korang jauh, Miraa suggest korang panaskan dulu kuahnya. Barulah perghh berasap-asap makan. Kalau time hujan-hujan feeling berabis urang Sabah bilang. HAHAHA over naw kau Miraa.

Tapi masing-masing ada citarasa dia kan? Ada yang suka bakso biasa, ada yang suka bakso beranak dan yang gilakan cili akan pilih pulak bakso mercun. Korang boleh tengok video dekat bawah ni untuk close up bakso mercun tu. Miraa ada attach sekali lokasi kedai Sate Minang Mak Buyuang ni. 


Doakan Miraa kembali rajin untuk menaip entri lagi dimasa akan datang yea? Haha. Okay bye-bye.

Love,

Thursday, 11 June 2020

Snake Plant | Pokok Lidah Jin | Pokok Lidah Mertua

Assalamualaikum. Hi. Bukan main viral lagi Snake Plant atau pokok lidah  jin / mertua ni sekarang dekat Malaysia. Miraa sebelum pokok ni viral lagi duk mencari kat mana ada jual. Tapi asyik tertunda niat nak beli tu sebab nak beli benda lain pulak HAHA. Jadi sebelum raya 2020 ni ada ternampak dekat AEON. Tinggal satu pasu je lagi. Tinggi dalam 1.5 kaki juga dengan harga RM22.90 sepasu. Masa tu memang satu pasu ni je tinggal. Jadi terus rembat tanpa berfikir masak-masak lagi.

Antara kebaikan snake plant ni yg selalu orang cakap;
  • Pembekal oksigen yg baik: Selain daripada snake plant, ficus dengan pothos pun cun.
  • Memberi latar yg baik: Masuk je tema kalau deko deko ni hahaha.
  • Membersihkan udara: Bukan lah jadi penapis udara tu. Tapi membersihkan gas-gas yg ada selain karbon monoksida termasuklah benzene, formaldehyde, xylene, and toluene.
  • Senang diuruskan: low cost maintenance. 
Lagi pun, ni antara "hard to kill plant". Jadi ngam lah dengan Miraa yg tangan panas ni. Hahaha. Sebelum ni asyik beli pokok yg senang mati. Kali ni dah tahu dah. Beli yg susah mati je. Tapi make sure simpan tempat yg anak korang atau haiwan belaan korang tak boleh capai. Sebab snake plant ni bukan pet friendly plants.

Kalau korang duk area Petaling Jaya, boleh try contact Atiqah. Sebab Miraa ada beli dua mini snake plant dari dia. RM13 satu pasu. 


Untuk orang Papar Sabah pula, korang boleh beli dari My Nurul Garden. Harga bermula RM12 hingga RM30 termasuk pasu plastik. Boleh self collect ataupun hire runner untuk collect pokok korang kat Kg Kambizaan.

Lama tak menaip. Rasa kekok sikit dengan bahasa yg bercampur ni hahaha. Will share to you guys yg masih follow blog Miraa ni with other plants that I bought ya after this. Hehe. Have a nice day.



Love,

Wednesday, 3 June 2020

RESEPI KELUPIS/LEMANG CUP SENANG




Mood raya masih on? Hahaha. Memandangkan tiada daun nyirik untuk buat kelupis, tahun ni buat guna acuan kuih. Sukatan ni boleh dapat 25 biji kelupis/lemang cup. Bahan-bahan: Beras pulut 2 cawan Santan 1/2 cawan Air 1/2 cawan Gula Garam Resepi kuah kacang: https://youtu.be/7Wo9btWQN78


Tuesday, 2 June 2020

Resepi Kuah Kacang Paling Senang (4 bahan)



Resepi kuah kacang yang paling simple dan paling kacang semua orang boleh buat zap zup zap siap ahaha. Kalau kuah pekat sangat, boleh letak air sikit-sikit ya. Bahan-bahan: Kacang tanah 1 cawan Serai 2 batang Bawang merah 13 biji Cili kisar/cili boh 4 sudu