Friday, 31 July 2020

Minang's Cuisine + Rizki's Birthday | Eid Adha 2020


Minang's Cuisine + Rizki's Birthday + Eid Adha 2020 | Assalamualaikum & hi my fellow silent readers. Dah sampai kampung ke tu atau on the way balik rumah masing-masing dah? Eid Adha tahun lepas Miraa & husband raya sendirik je makan sate ayam + kfc. BAHAHA. Sebab MIL + FIL balik kampung dekat Indonesia. Tahun ni pula masih tak dapat balik Sabah, jadi beraya sini juga dengan family husband. Mula-mula pergi rumah saudara diorang dekat Sg. Buloh, lepas tu pi Semenyih ada birthday anak Kak Well.


Makan ala-ala shell out kawww. Kerlas. Yeye je kan tajuk "Minang's Cuisine" haha. For me asal pedas tu haa makanan orang Minang la tu bahaha. Makanan dihidang atas daun pisang. Ada ikan bakar, ayam bakar, kentang balado, sambal hijau (ada bilis+petai), sambal merah, daging dendeng. Kira best lah makan ramai-ramai macam ni. Nak tambah nasi ambil ja, nak tambah sambal ambil ja. Sejak mula PKP tak pernah lagi makan dekat luar, jadi bila Kak Well buat macam ni ada feeeling-feeling makan dekat luar gittew hahahahaha. Tibeh.


Raya tahun lepas Kak Well ada buat mi ayam yg sampai berapa kali menambah entah sebab ketagih. HAHAHA. Tadi pun ada, tapi husband je la yg makan sebab tank full dah. Kak Well ada bungkuskan, nanti boleh lah makhon-makhon lagi. Kita punya "Diet Suku-suku Separuh" musnah hari ni. Takda obat. Dengan kek chocolate moist lagi hahahaha ampun je la diet engko.


Okay lah. Tu je lah cerita eid adha 2020. Selamat bercuti semua & hati-hati bila memandu balik dari kampung nanti. Jangan lupa pakai mask pulak, esok 1 Ogos dah. Kalau tak melayang RM1k hahaha. Stay safe and happy holidays. TTFN.

Love,

Monday, 27 July 2020

POLAROID/LOMO CARD & INSTAX MINI ALBUM READY STOCK MURAH!


POLAROID/LOMO CARD & INSTAX MINI ALBUM MURAH! | Assalamualaikum & hi. Jumaat yg lalu Miraa ada order/print gambar polaroid & beli sekali mini album untuk simpan gambar-gambar yang dah siap tu nanti. Dalam socmed dah upload, tapi nak jugak hardcopy. Just in case socmed kena hijack kan. 


Untuk lomo card/polaroid ni Miraa ambil yang 200 pcs punya options. Nanti bila dah buat checkout, seller akan tanya korang nak print type A atau B. Lepas tu dia akan bagi order ID korang dan juga korang pilih lah nak send gambar macam mana, melalui email, whatsapp atau beberapa lagi option yang admin tu akan bagi. Lepas tu korang hantar je semua gambar yang korang nak cuci tu sekali dengan ID yg dah kena bagi. Bila setel, admin akan bagitau dalam 2-3 hari receive parcel. Order 24/7 harini 27/7 dah sampai. Untuk 200 pcs ni harga RM36 sahaja. Siap dapat free gift fairy light USB hehe.


Instax mini album pula Miraa beli dari seller lain. So far the cheapest ready stock mini album for polaroid yang ada. Miraa ambil yang ada 64 slot / tempat selit gambar. Beli pula 4 album ja tanpa berfikir berapa yang cukup hahaha. Order hari yg sama macam gambar tu, sampai pun hari yang sama juga. Album yang sampai so kiyot! Tapi tu lah tak kira awal-awal yg album nak diasingkan. Dah tak cukup album. Harga untuk 1 album yg ada 64 slot RM5.30 sahaja.


1 album untuk kucing-kucing Miraa dekat Sabah, Johor & kucing yang sebelum ni Miraa jaga (sekarang dah kena adopt). 1 album untuk si Snow, 1 album family & my wedding (tapi tak print semua gambar wedding la hehe) lepas tu album yg ke 4 tu Miraa buat album dengan husband pergi jalan-jalan. 


Dan disitu la punca tak cukup album hahahaha. Tapi takpe. Kita order lagi lepas ni 3-4 album siap-siap sebab seller N42U punya service so good! Korang boleh tengok website diorang dekat N4 Camera Store atau pun pergi terus Facebook N4 Camera Store. Ni pula link Shopee diorang.  Diorang ada beberapa cawangan kalau tak silap. Untuk print polaroid/lomocard pula korang boleh search dekat Shopee @starticephoto. Banyak feedback diorang kat situ. 

Lepas ni Miraa memang akan kumpul dan print lah gambar dalam bentuk hardcopy walaupun dah upload dekat socmed. Semua ni sebab sebelum ni Miraa punya travelogue dekat Youtube dah hilang. Berhuhu je lah sebab copy dalam laptop lama pun dah takde. Nak jadi macam dulu-dulu semula. Cuci gambar dan simpan hehe. Okay lah. That's all for now. Untul next entry! TTFN.

Love,

Thursday, 23 July 2020

DIY LAMPU ALA-ALA GROW LIGHT UNTUK RAK BUNGA


DIY LAMPU ALA-ALA GROW LIGHT UNTUK RAK BUNGA  | Assalamualaikum & hi semua. Ni kira part 2 untuk MY DIY FLOATING PLANT SHELVES lah ya. Hehehe. Kalau korang belum baca, boleh pergi baca. Klik ja tajuk tu. 

Jadi ceritanya bila malam, bunga Miraa yang bahagian bawah rak tu diselebungi oleh kegelapan. Ewah! HAHA! Jadi Miraa pun nampak dalam Pinterest grow light. Tapi bila tanya member & search. Wow mahainya hahaha. Tapi Miraa nak lampu untuk kawasan tu nampak terang ja sebenarnya. Maka jadi lah DIY guna lampu USB yang dibeli di Shopee. 

Lampu USB RM8.90 satu unit. Jenis USB no switch.


Playwood ni Miraa balut guna wallpaper putih yg beli dekat Shopee juga. Satu roll saiz 60cm dan panjang 5 meter. Harga RM18 untuk 1 roll tu. Jadi bila dah balut, nak siram bunga pun dah tak takut playwood kembang. Ahaks! 

Bila dah balut wallpaper, terus tampal lampu tu dekat rak


Dah siap hehe. Sebelum dan selepas memang nampak perbezaannya. Jadi sekarang rak bunga Miraa takda lah suram sepanjang malam bila dah ada lampu ni. Boleh juga korang diy lampu tu untuk rak action figures korang bagi yg collector ni hehe. Bawah ni video rak bunga Miraa tu.


Link ;


Love,

Wednesday, 22 July 2020

BIG APPLE FAMILY BOX OF 6


BIG APPLE FAMILY BOX OF 6 | Assalamualaikum & hi guys. Semalam melunaskan craving nak makan donut. Dua hari yang lalu ada buat donut sebenarnya tapi maklum lah bahan tak cukup, tak satisfied craving tu hahaha. Jadi memandangkan malas keluar, guna laa Grab Food. Semuanya dihujung jari uolls haha. Nasib baik la Big Apple ni available dalam apps Grab Food.

  

Miraa pilih yg Family Box of 6. Untuk yang ni, korang boleh pilih 6 jenis donut yang korang suka. Miraa ambil 3 Ono Oreo, D-rex & The Alien. Lepas tu set ni comes with 2 drinks. Korang boleh pilih juga apa yang korang nak. Selain tu, ni antara combo yang ada.

Miraa place order 2:24PM dalam 2:37PM tu driver dah on the way untuk hantar order Miraa dari Big Apple Tesco Puchong. Kira jauh jugak lah nak hantar sebab Miraa dekat PJS6 hehek. Dalam jam 2:55PM,  Grab Driver sampai dekat rumah Miraa.


Nyum-nyum-nyum! Ono Oreo tu yg ada 3, D-Rex pulak yg ada 2 dan The Alien yg seketul tu je ada pink toppings. Kalau sebelum ni Miraa suka Oh La Oreo tapi dalam option tu takde. Ono Oreo pun so shedap! Beza dengan Oh La Oreo rasanya cream yg dekat tengah ja. Untuk D-Rex sesuai sangat dengan orang yg suka coklat. Tapi bagi Miraa, yg The Alien agak kureng. Walaupun ada chocolate filling, tapi toppings dia tu macam a bit pahit. Hihiks. Husband Miraa selalunya akan makan yg oreo topping ja. So big win for me there. Wahaha. Okay la, until next entry. Ttfn.

Love,

Tuesday, 21 July 2020

Day 1 - Miraa's Lemon Basil


THAI LEMON BASIL, KEMANGI, BAWING | Assalamualaikum & hi hi hello semua. Semalam (20/7/2020) Umi Miraa ada kirim benih pokok kemangi ni dari Sabah. Sebab selama Miraa duk cari dekat nursery atau AEON semuanya yg jenis ungu tu. Harini (21/7/2020) parcel dah sampai. Pergh laju gile! Tapi kalau kita yg pos barang ke Sabah, mau sebulan stuck dekat hub hahaha.


Jadi bila dah sampai ni, Miraa tanya lah Umi Miraa cara macam mana nak tanam. Katanya tabur ja dan tutup pakai tanah sikit. Rumah Miraa ni teres yg tiada laman depan atau belakang, jadi semuanya tanam dalam pasu je lah. Jadi eksperimen kita pun bermula. Dulu pasu ni Miraa guna untuk tanam kunyit. Tapi bila daun kena serang, Miraa pindahkan je smua ke dalam satu pasu. Macam yg Umi Miraa cakap, tabur dan tutup guna tanah sikit. Okay ini merupakan Day 1 - Miraa's Lemon Basil haha. Harap engkorang tumbuh dengan jayanya lah macam yg Umi Miraa tanam.


Lemon basil atau Miraa selalu panggil bawing ni wangi. Tapi sesetengah orang tak suka bau dia. Macam Miraa pula tak suka yg jenis ungu tu. Miraa selalu guna daun ni bila nak masak Maggi kari atau asam. Pergh sedap weh! Selain tu dulu mak cik Miraa pernah goreng daun bawing ni dengan ikan masin & cili putih. Pergh dua kali tambah nasik hahaha. Okay lah nanti Miraa update perkembangan Lemon Basil Miraa ni dalam entri seterusnya. Sebelum tu, korang boleh lah layan video dekat bawah ni. Hehek.


Love,

Monday, 20 July 2020

CARA POTONG REBUNG & MENGHILANGKAN RASA PAHIT REBUNG


CARA POTONG REBUNG & MENGHILANGKAN RASA PAHIT REBUNG | Assalamualaikum & hi guys. Harini Miraa nak share info from my mom pasal rebung. Haritu my mom ada pi ambil rebung dari hutan. Dan my mom ada share cara-cara nak potong rebung & cara nak hilangkan rasa pahit pada rebung. Korang boleh tengok video dekat bawah ni kalau nak tahu caranya macam mana. Confirm rasa rebung yang korang masak lepas ni lagi umph! Hehe. Enjoy.


Love,

Saturday, 18 July 2020

Thursday, 16 July 2020

Wednesday, 15 July 2020

JALAN-JALAN DI MELAKA


JALAN-JALAN DI MELAKA | Assalamualaikum & hi. Okay ini entri yang kita throwback je lah sebab dah lama sangat tak jalan-jalan. Ni entry throwback berabis sebab video & gambar time 3 Mac 2019 HAHAHA. Tapi tak pernah update dalam blog. 


Datang Melaka semua duk pakat gambar kat sini, kitorang pun nak lah jugak! Haha


Lepas tu perut lapar. Pusing-punya pusing last-last makan dekat restoran Asam Pedas Jr. Lepas tu ada stall kecik dan pak cik tu jual ice cream durian. Ada coklat jugak kalau tak silap. Rasa durian dia memang strong. Mulut bau macam makan durian betul ja lepas tu. Harga dua ni jangan tanya la sebab lupa dah wahahah.


Lepas tu kitorang pi makan dekat Justberry. Kedai yg husband & kawan dia pernah pi dulu jugak. Husband siap cakap mango ni fav dia. Hek eleh! Haha. Masa ni Miraa ambil yg watermelon tu. Bapak ah fikir kan sebelum beli, kecik je. Sekali datang. Hamek kau! Husband Miraa dah lah tak suka watermelon. Lepas makan, terus kembung macam watermelon lah. HAHA.

Harga untuk Watermelon Honolulu ni RM25. Choco Lava Rich tu pula RM23, Nyonya Cendol RM6 dan Milky Mango RM16. Dah lah makan sorang, harga paling taknak kalah pulak tu! Hahaha. Okay lah. 
        

Dalam perjalanan balik tu, kitorang ada singgah kedai tomyam dekat Bandar Baru Bangi. To be honest, the best tomyam I have ever tasted so far sepanjang duduk sini. Kalau ada lagi lain, do recommend me where hahaha. Okay lah, video version pun ada. Klik ja play button video dekat bawah ni. Hehehe. Btw untuk entrance fees dekat Taming Sari Tower tu RM17 per person (adult)


Love,