
CARA TANAM BAYAM BRAZIL DAN RESEPI | Assalamualaikum & salah sejahtera semua. Untuk entri kali ni Miraa nak story-mory pasal bayam Brazil yang Miraa ada dan alhamdulillah masih hidup lagi sampai sekarang. Ahaks! Miraa beli dulu dekat Shopee je keratan dia sebab tak tahu nak dapat dari mana. RM4.25 untuk 15 keratan bayam brazil. Korang search je confirm keluar punya. Tapi dalam tempoh PKP ni lagi better korang cari dekat nursery lah hehe.
Cara-cara nak semai/benihkan/tanam/biakkan bayam brazil ni sangat-sangat senang tau. Dan rupanya bayam brazil ni paling tak banyak kerenah atau pun tak cerewet langsung HAHA. Apa yang korang perlu buat cuma;
- Cucuk keratan bayam brazil ke dalam tanah
- Simpan di tempat yang ada cahaya matahari
- Rajin siram bayam brazil
Tu ja! Tak perlu pun nak letak-letak baja. Selama Miraa cuba tanam bayam brazil ni memang ada jugak cuba letak baja. Tapi tak banyak perubahan pun. Diorang cuma perlukan cahaya matahari & air yg cukup. InshaAllah tumbuh punya lah. Dan kalau korang nak bagi banyak lagi bayam brazil korang, cuma perlu ulang ja langkah tu bila dah tinggi sikit. Macam Miraa buat ni terlalu kontot haha. Dekut taik idung macin bethuls.
Bayam brazil ni Miraa selalu tumis dengan telur atau jadikan ulam. Rasa dia tak pahit atau berlendir pun. Lebih kurang macam rasa sayur manis. Kalau korang nak goreng jadi keropok pun boleh. Ini cara-cara Miraa selalu masak. Klik tajuk untuk ke entry resepi.
- Bayam Brazil Tumis Telur - Panaskan minyak lepas tu masukkan telur dan kacau sampai masak lepas tu boleh masukkan bawang merah sekali. Lepas tu masukkan bayam brazil yang telah dicuci dan simpan garam secukupnya.
- Salad Bayam Brazil
- Bayam Brazil Celup Tepung - Yang ni korang bersihkan bayam tu dulu. Dalam pinggan korang campur tepung beras, tepung jagung, serbuk lada putih, serbuk bawang putih, secukup rasa & serbuk cili kalau nak pedas lebih sikit. Lepas tu tak perlu campur air, korang tepungkan je keseluruhan bayam tu dan goreng. Sure rangup krup krap krup krap!
Btw korang jangan lupa subscribe Youtube channel Miraa jugak tau. Search je Miraa Hussin TV atau klik je video atas ni untuk ke channel Miraa. Hehe. Until next time. Ttfn.
Love,

0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini