Tuesday, 21 July 2020

Day 1 - Miraa's Lemon Basil


THAI LEMON BASIL, KEMANGI, BAWING | Assalamualaikum & hi hi hello semua. Semalam (20/7/2020) Umi Miraa ada kirim benih pokok kemangi ni dari Sabah. Sebab selama Miraa duk cari dekat nursery atau AEON semuanya yg jenis ungu tu. Harini (21/7/2020) parcel dah sampai. Pergh laju gile! Tapi kalau kita yg pos barang ke Sabah, mau sebulan stuck dekat hub hahaha.


Jadi bila dah sampai ni, Miraa tanya lah Umi Miraa cara macam mana nak tanam. Katanya tabur ja dan tutup pakai tanah sikit. Rumah Miraa ni teres yg tiada laman depan atau belakang, jadi semuanya tanam dalam pasu je lah. Jadi eksperimen kita pun bermula. Dulu pasu ni Miraa guna untuk tanam kunyit. Tapi bila daun kena serang, Miraa pindahkan je smua ke dalam satu pasu. Macam yg Umi Miraa cakap, tabur dan tutup guna tanah sikit. Okay ini merupakan Day 1 - Miraa's Lemon Basil haha. Harap engkorang tumbuh dengan jayanya lah macam yg Umi Miraa tanam.


Lemon basil atau Miraa selalu panggil bawing ni wangi. Tapi sesetengah orang tak suka bau dia. Macam Miraa pula tak suka yg jenis ungu tu. Miraa selalu guna daun ni bila nak masak Maggi kari atau asam. Pergh sedap weh! Selain tu dulu mak cik Miraa pernah goreng daun bawing ni dengan ikan masin & cili putih. Pergh dua kali tambah nasik hahaha. Okay lah nanti Miraa update perkembangan Lemon Basil Miraa ni dalam entri seterusnya. Sebelum tu, korang boleh lah layan video dekat bawah ni. Hehek.


Love,

Share:

4 comments:

  1. Replies
    1. Hehe tak pasti lagi sis. So far yg dekat rumah Sabah memang senang jaga, tayah pun tanam lagi benih dia akan tumbuh sendiri bila jatuh.

      Delete

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini