Monday, 6 July 2020

DURIAN ISI TEBAL DI PAPAR SABAH

DURIAN ISI TEBAL DI PAPAR SABAH | Assalamualaikum & hello ebelibadi. Sebenarnya di kampung Miraa tengah musim durian. Tapi rugi tak dapat balik Sabah buat masa ni sebab tiket flightnya ya ampun macam pergi obersi! Haha. Dan ni family Miraa yg share video durian. Tapi ni pun Umi Miraa beli dari orang kampung lah. Durian dekat kebun kitorang tak berbuah lagi haha.


Ada dua jenis. Yang kulit nipis tu kitorang panggil Durian Sarawak. Memang sedap dan selalunya isi dia tebal. Lebih-lebih lagi kalau buah tu tak sama rata bentuk dia. Memang kaw-kaw tebal durian tu. Yang satu lagi kulit tebal tu Umi Miraa panggil Durian Kahwin. Walaupun kulit dia tebal, tapi isi dia pun padu. Gemok-gemok juga. Untung lah adik-adik, anak buah dan sepupu Miraa dapat membantai durian kali ni. 


Miraa dekat sini berhuhuh tengok durian hahaha. Ada pun haritu beli satu pek je. RM5. Durian kampung. 4 ulas je tapi puas makan. Sebab makan sorang-sorang je husband tak makan pun. Hahaha. Ada juga nampak dekat Aeon bahagian durian tu. Ada tulis Durian RM45, lepas tu ada Durian XO RM45 satu pek dan Durian Sultan. Tatau lah durian macam mana tu tapi satu pek harga dia dekat Aeon RM50. Korang geng makan durian atau geng tak makan durian? Hahaha. Okay lah. Ttfn.

Love,

Share:

2 comments:

  1. Untunglah yang tak makan durian
    sebab harga durian mahal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Tapi selalunya yg tak makan durian ni makan tempoyak haha

      Delete

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini