Tuesday, 7 July 2020

Goodbye My Cat

Goodbye My Cats | Assalamualaikum & hi everyone. Harini lagi sekali merupakan hari paling sedih untuk Miraa. Sebab lagi sekali Miraa terpaksa let go kucing Miraa. Kali kedua dalam seumur hidup untuk bagi kucing Miraa dekat orang lain. Sebelum ni Miraa hantar dua ekor kucing betina Miraa dekat animal shelter. Hari ni, Miraa bagi Boo (kucing jantan) Miraa untuk orang adopt.


Banyak kali update delete update delete sebab berubah fikiran. Tapi kali ni tidak sempat berubah fikiran sebab semua sudah ready. Miraa update gambar Boo dekat group-group dekat Facebook mungkin ada yg nak adopt. Ada 3-4 orang yang pm tapi senyap lepas bagi details lain. Ada sorang nak tengok weekend ni. Tapi akak sorang ni kebetulan ada dirumah. Dan dia setuju untuk jaga Boo. Sebab nak carikan teman kucing dia. Kucing dia warna putih jugak. Macam Boo, tapi Boo ada cream sikit. 


Boo ni paling suka main ball dia. Sekali dia dapat, dia takkan lepaskan. Siap bawak lari lagi jauh-jauh terus main sendiri. Masa sampai, dia malu-malu nak keluar dari carrier. 


Miraa duk Lindungan dia duk dekat Damansara Damai. Jadi kitorang pun hire Oly Pet Taxi. Booking Isnin tapi diorang punya driver pergi pickup 30 ekor kucing dari Muar, Johor untuk diserahkan kepada AMANAH. Kes kematian tuan. 


Rates Pet Taxi dari rumah Miraa ke tempat receiver RM45 sahaja. Sangat-sangat affordable dan servis diorang memang terbaik. Miraa ada satu pet carrier je. Nak bagi, nanti nak bawak sekor tu lagi pi vet susah. Nasib baik diorang ada sediakan extra carrier (no extra charges!) kalau korang perlukan servis Pet Taxi, Miraa suggest sangat korang contact dengan Oly Pet Taxi ni kat 019-471-3411 . Isnin tu set masa pagi untuk pickup. Dalam tengahari, kucing dah pun sampai dekat new family Boo.


Tidak terkira berapa kali dah menangis semalam ngan tadi lepas Boo gerak pi rumah baru. Harap Boo akan gembira & gebus gebas lepas ni dengan abang baru dia. Boo ni bila dah biasa dengan kita, dia punya manja ya Allah sangat-sangat manjayyyyhhh. Tidur pun bawah tiak tau haha. Suara pulak kecik ja. Salu sangat energy saving mode si Boo ni.


Kalau korang nak cari kucing untuk peneman, jangan lah beli. Adopt lah kucing-kucing yg nak di let go atau pun stray cats yg ada dijalanan. Kesian diorang. Ini antara group yang selalu ada posting kucing yg korang boleh adopt jadikan family baru korang.
  1. Kucing Untuk Diberi Percuma. Cats Free Adopt ( Stray Cats) Seluruh Malaysia
  2. Selangor FREE Adopt-A-Cat (Adopt/Rehome Kucing)
  3. Kucing Untuk Diberi Percuma/Adopt Cat Malaysia (ACM)
Antara animal shelter yang Miraa tahu, kalau korang nak donate, volunteer atau adopt pets pun boleh.


Love,

Share:

4 comments:

  1. kenapa let go Boo? ada masalah nak jaga dia? Sally ada 2 ekor kat rumah tapi takde plan nak tambah dah.

    ReplyDelete
  2. Mudah2an Boo serasi dengan suasana dan tuan baharu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah serasi dah belum sampai sehari.

      Delete

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini