MANGGA ASAM BOI TABUR/COLEQ PETALING JAYA | Assalamualaikum and hi guys. Harini tiba-tiba craving mangga. Padahal haritu baru jaa makan mangga mempelam. Tapi biasa lah nafsu makan ni agak liar sikit. Haha. Jadi petang tadi scroll-scroll Instagram. Nampak update yg sis jual mangga ni ada extra 6 bekas. Status tu sejam lalu, kita pun cuba lah nasib kot-kot ada lagi kan? Alhamdulillah ada lagi. Bahagia kaw siz!
Miraa jumpa Facebook sis ni tahun lepas. Craving mangga tapi asyik habis dekat pasar sebelah, aeon, tesco. Cari-cari dekat Facebook, boleh pulak COD. Satu bekas ni RM10 kalau korang beli asam boi tabur ja. Tapi kalau nak beli sekali dengan coleq (sambal kicap) tu RM12 untuk 1 set. Miraa selalu beli 2 bekas. So total untuk 2 bekas + caj COD dekat area rumah Miraa RM27 sahaja. Okay lah tu. Korang cuma duduk rumah tunggu mangga sampai dan makan! Hahaha. Ni Miraa drop link sis tu kot-kot korang pun berminat nak beli lain kali especially masa-masa korang tak jumpa mangga.
Facebook: Sedap Layan | Kathy
Instagram: @sedap_layan
Till then, ttfn.
Love,

mangga petaling jaya mangga murah sambal mangga jeruk mangga asamboi cod
Nampak sedap
ReplyDeleteMemang sedap :) Boleh lah cuba kalau dekat area Petaling Jaya.
Delete