Friday, 31 July 2020

Minang's Cuisine + Rizki's Birthday | Eid Adha 2020


Minang's Cuisine + Rizki's Birthday + Eid Adha 2020 | Assalamualaikum & hi my fellow silent readers. Dah sampai kampung ke tu atau on the way balik rumah masing-masing dah? Eid Adha tahun lepas Miraa & husband raya sendirik je makan sate ayam + kfc. BAHAHA. Sebab MIL + FIL balik kampung dekat Indonesia. Tahun ni pula masih tak dapat balik Sabah, jadi beraya sini juga dengan family husband. Mula-mula pergi rumah saudara diorang dekat Sg. Buloh, lepas tu pi Semenyih ada birthday anak Kak Well.


Makan ala-ala shell out kawww. Kerlas. Yeye je kan tajuk "Minang's Cuisine" haha. For me asal pedas tu haa makanan orang Minang la tu bahaha. Makanan dihidang atas daun pisang. Ada ikan bakar, ayam bakar, kentang balado, sambal hijau (ada bilis+petai), sambal merah, daging dendeng. Kira best lah makan ramai-ramai macam ni. Nak tambah nasi ambil ja, nak tambah sambal ambil ja. Sejak mula PKP tak pernah lagi makan dekat luar, jadi bila Kak Well buat macam ni ada feeeling-feeling makan dekat luar gittew hahahahaha. Tibeh.


Raya tahun lepas Kak Well ada buat mi ayam yg sampai berapa kali menambah entah sebab ketagih. HAHAHA. Tadi pun ada, tapi husband je la yg makan sebab tank full dah. Kak Well ada bungkuskan, nanti boleh lah makhon-makhon lagi. Kita punya "Diet Suku-suku Separuh" musnah hari ni. Takda obat. Dengan kek chocolate moist lagi hahahaha ampun je la diet engko.


Okay lah. Tu je lah cerita eid adha 2020. Selamat bercuti semua & hati-hati bila memandu balik dari kampung nanti. Jangan lupa pakai mask pulak, esok 1 Ogos dah. Kalau tak melayang RM1k hahaha. Stay safe and happy holidays. TTFN.

Love,

Share:

2 comments:

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini