Monday, 31 August 2020

My Pegaga Pot


Assalamualaikum & hi guys. Short update. I got my first ever pegaga plants. Haha. Walaupun tak makan, tapi mengada juga nak tanam. My FIL and MIL makan. Tapi yg ni macam jenis besaq gedebak la pulak. Kalau tak silap seller tu kata pegaga kampung. Haritu layu ja macam takde semangat nak hidup. Alhamdulillah kali ni okay sikit. Hehe. Cuma belum trim lagi daun yang layu. Okay that's all. Have a nice day.

Love,



Sunday, 30 August 2020

My 2nd and 3rd Pops!


“If you really want to become strong, stop caring about what others think about you. Living your life has nothing to do with what others think.” A quotes from Saitama. Ahaha. Assalamualaikum and hi! Another day another Funko Pop! Hah tiber ahaha. Actually target nak beli satu je pops for each month. Tapi entah kenapa bulan Ogos ni tiba-tiba melebih pulak terbeli haha. 

My second Funko Pop beli haritu Creeper from this famous Minecraft game. To be honest, I started my streaming and youtube channel on gaming sections with this game lah. Tapi dulu main multiplayer selalu dengan husband. Bila laptop husband dah problem, Miraa dah jarang dah main game ni. But I will make comeback after this. Cuma mungkin akan upload video masa offline lah dan tak stream hehe.

Then there's my third Funko Pop! Baru je semalam received from the mailman. I got Saitama from One-Punch Man anime. Mula-mula adik Miraa bawak tengok OPM ni macam merepek je. Tapi after few episodes terus addicted sampai lah season 2. Tak shabar nak tunggu season 3 pula. Baru-baru ni tengok dekat apps Funko Pop, trending price for Genos around RM340+ wow! Ada new collector jugak kot macam Miraa. Hahaha. 

Well that is all the update for my Pops collection this month of August. Pray so that I can control my shopping habit this September hahaha. Have a nice weekend guys! Bye-bye.

Love,

Saturday, 29 August 2020

Ubi Kayu Dalam Pasu?



Assalamualaikum & hi. Haa ni nak story pula pasal pucuk ubi. Haha. Ni pun salah satu tumbuhan yang Miraa order dekat Shopee 7 Ogos haritu. Tapi ni lewat sikit Miraa tanam sebab pasu & tanah dah habis. Huhuk tu la simpan dalam pasu kecik je tu. Haha. Ni tak target nak dapatkan ubi kayu pun. Cuma nak tengok boleh ke menghasilkan pucuk ubi hihi. Alhamdulillah selepas beberapa hari cucuk dalam tanah, terus tumbuh. Yippy! 


InshaAllah lepas ni cari pasu besar sikit & nak tambah stok tanah sekali. Sebab takde tempat nak korek tanah ni haa hahaha. Oh ya, keratan ubi kayu tu banyak gilos! Tapi sebab lambat sangat tanam, yang lain dah jadi sarang semut dan reput haha. 5 batang keratan tu Miraa tanam dekat bawah rumah. Ada pasu besar. Tapi semua tanam dalam 1 pasu yang sama. Yang 3 ni pula tanam asing-asing dalam pasu kecil dekat mini garden Miraa dekat balcony belakang rumah. Hihi. Kita sama-sama tunggu update pasal ubi ni nanti ya. Bye-bye.

Love,

Friday, 28 August 2020

First Time Tanam Kencur


Assalamualaikum & hi! Hari yang sama masa beli Ulam Raja punya benih, Miraa ada beli beberapa tumbuhan lain juga. Haa kencur ni salah satu daripadanya. Ahaha. Untuk yg lain, nanti Miraa share dekat entry seterusnya ya. Gambar atas ni 21 hari selepas Miraa tanam semula anak pokok kencur yang penjual pos dekat Miraa. 


Sebelum ni tak pernah tahu pula kencur ni ada dalam kuah pecal ahah. Haritu FIL ada beli, nak tanam tapi tak boleh dah sebab dah kering & lama dalam peti sejuk. Mula-mula macam takde harapan je rupa dia ni bila kena tanam. Alhamdulillah selepas seminggu tu ada lah jugak perubahan dan hidup sampai ke hari ini. Tapi tak tahu pula berapa lama dia akan hasilkan isi ahahaha. Kita tunggu dan lihat. Nanti Miraa update. 

Love,

Thursday, 27 August 2020

Ulam Raja / King's Salad


Assalamualaikum & hi. Nak share yang 7 Ogos haritu Miraa ada beli benih Ulam Raja dekat Shopee. Hihi. Harini genap 20 hari lah kiranya. Alhamdulillah tumbuh dengan sihat pokok ulam raja Miraa ni. Senang sangat nak jaga tak perlu letak baja atau sembur racun serangga pun. 


Nama lain pokok ni cosmos, rasanya pernah nampak benih dia kena jual dekat Kedai Eco tapi bila cari semula dah takde hihi. Cara nak tanam senang je. Korang cuma perlu tabur atas tanah, dan timbus semula. Simpan tempat yang kena matahari dan jangan lupa siram bila tanah dah kering. 

Love,

Wednesday, 26 August 2020

Day 37 - Miraa's Lemon Basil


Assalamualaikum. Nak share update pokok lemon basil Miraa hari ni genap 37 hari. Hehe. Dah semakin tinggi dah diorang semua. Tak lama lagi dah boleh petik dan campur dalam maggi asam laksa. Hahaha. Cara penjagaan diorang setakat ni sangat senang. Cuma perlu siram pasu ni bila rasa-rasa tanah diorang nak kering dah. Alhamdulillah masa kitorang takde kat rumah, hujan. Jadi tak perlu risau pokok layu hehe. Okay tu je. Nanti Miraa update lagi hari ke berapa diorang ni akan tinggi ya. Have a nice day.



Love,

Tuesday, 25 August 2020

Fall Guys: Ultimate Knockout


Fall Guys: Ultimate Knockout | Assalamualaikum & hi guys. Minggu lepas game ni trending dan hari ni masih lagi ramai streamer yang main game ni termasuklah cousin Miraa sendiri. Jadi Miraa pun ikut terjebak jugak dengan game ni. Korang boleh beli game ni di Steam pada harga RM39.00 


Kalau korang pernah main game Gang Beast atau Human: Fall Flat , haa lebih kurang lah tu. Tapi seriously sebelum ni tengok gameplay orang siap marah eleh senang ja senang ja tapi bila kita sendiri main, punya lah susah! Haha. Setakat ni Miraa belum lagi lepas-lepas stage pertama bahaha. Kalau korang jenis suka game yg comel dan silly, boleh lah beli game ni. Ni gameplay pertama Miraa main Fall Guys ni. Selamat menonton.

Love,

Monday, 24 August 2020

Snow - Day 504


Assalamualaikum & hi. Just a short update on my cheeky Snow the cat today. His merajuk face when we removed the makeup table and replaced it with glass cabinet. Hahaha. His bed supposed to be underneath the table which I think is the perfect cozy place for him. But our room is too crowded with it so we decided to remove it to the other bedroom. Haha. Okay that's all for today. Good night!

Love,

Sunday, 23 August 2020

My First Funko POP! Disney: Coco - Miguel


My First Funko POP! Disney: Coco - Miguel | Assalamualaikum & hi guys. Just a short update. Sabtu lepas Miraa dah terjebak jadi collector Funko Pop. New collector here. Hahaha. Dah lama sebenarnya nak kumpul Funko Pop ni tapi tak tahu nak beli apa untuk my first collection. 

Jadi Sabtu lepas Miraa & husband pegi AEON Mall Shah Alam dan ternampak toys store. Niat nak cuci mata a.k.a survey ja. Husband terbeli Gundam dan kapal One Piece dia. Miraa belek punya belek tiba-tiba ternampak Miguel ni. Yang lain semua Miraa tak layan cerita dia. Tapi Coco ni layan sampai nangis-nangis kaww hahahaha. Unplanned Funko Pop purchases at the Animix Aeon Shah Alam

So that is the story of my first Funko POP! Like my friend said, "and more to come." Haha. RIP my money in the future. Okay that's all. Have a nice day everyone. Until my next entry. 

Love,

Saturday, 22 August 2020

Garlic Cream Cheese Bread Aeon


Garlic Cream Cheese Bread Aeon | Assalamualaikum & hi guys. Happy weekend. Hari ni kitorang jenjalan pi Aeon ja untuk beli groceries. Sebenarnya nak pi beli kain tapi malangnya takde kain yang Miraa nak. Selesai je beli barang dapur, kitorang singgah La Boheme macam biasa beli bun.


Husband macam biasa beli sausage bun & spicy chicken floss bun. Miraa kali ni cuba sesuatu yang lain. Miraa ambil Garlic Cream Cheese Bread & Red Velvet. Seriously terkejut sebab Garlic Bread dekat Aeon ni boleh tahan sedap jugak gais. Cream cheese dia tak memuakkan langsung dan roti pun lembut. Belum sampai rumah garlic bread tu tinggal 3 lagi hahaha.

Kawan-kawan Miraa pun cakap memang sedap garlic bread aeon ni. Ada yang memang wajib beli dua kalau pergi. Harga untuk satu bekar tu RM5.50 ja. Bagi Miraa, garlic cream cheese bread aeon ni memang sedap dan berbaloi dengan harga RM5.50 tu. Korang boleh lah pergi ke aeon yang berdekatan kalau nak beli. Miraa beli dekat Aeon Mall Shah Alam. Sebab banyak stok selalu hihi. 


Untuk Red velvet pula, Miraa tak sure kalau selalu ada. Sebab tadi masa nak membayar Miraa tertoleh dekat freezer diorang ada kek red velvet ni dengan harga RM11.90. Rasa dia pun boleh tahan sedap walaupun cheese dia tak leleh atau banyak. Satu lapisan je. Tu pun sho shedap guys.


Love,

Friday, 21 August 2020

Go' Bang Maju Patin Tempoyak, Temerloh, Pahang


Go' Bang Maju Patin Tempoyak, Temerloh, Pahang | Assalamualaikum & hi semua. Throwback makan-makan Ahad lepas di Go' Bang Maju Temerloh. Makan tempat yang known for their Patin Tempoyak. But since kau bukan peminat atau pemakan tempoyak, kau pun ambil ayam masak lemak & sayur cendawan + sayur manis. Husband pula ambil kuah ikan patin tempoyak ja sebab yg ada masa ni semua bahagian kepala. Bahagian lain kena tunggu lama sikit, member pun ambil la seketul ayam goreng.


Total bills for two person including teh ais & limau ais RM21.40 which is okay lah. Ayam & sayur dia sedap. Air tak potong kaki sangat, nasi ni yg set sekali dengan ulam & sambal. Ayam masak lemak dia tak pedas, bila makan dengan sambal auto jadi masak lemak cili api 🌶 Tiber. Bau kuah ikan patin tempoyak tu tak kuat sangat, tapi rasa dia kuat. Nak merasa ayam guring husband terus tak jadi sebab ada tercalit sikit je kuah tu pun rasa macam dibanjiri oleh tempoyak.





Bagi yang memang tak makan tempoyak korang jangan risau, diorang ada sediakan lauk-lauk lain lagi hehe. Apa-apa pun, korang kena try sendiri. Until next entry.

Love,



Thursday, 20 August 2020

Nasi Dagang Terengganu di Kuantan?


Assalamualaikum & hi. Just a short entry today. Sabtu lepas sebelum kitorang check in ke resort untuk family day, kitorang singgah makan dekat kedai makan tepi jalan. Tak pasti nama kedai apa tapi ada banner tulis Nasi Dagang Terengganu. Haha. Dekat kaunter pula ada sticker Sinar Mama Master Soup. Sebab bila nak cari semula dalam Google Earth, tapak tu masih kosong hehek.


Kitorang makan sini sebab masing-masing dah kebulur ni dan malas dah nak cari parking lagi tempat lain. Lauk-lauk tinggal korang pilih lagi. Kecuali yang dalam kawah tu korang bagitau je dekat staff diorang nanti diorang akan kautkan. Miraa pilih Daging Kunyit dan Kari Kambing. Husband pulak tatau lah apa dia ambil semua dah bercampur-campur kuah haha. Yang pasti ada Daging Kunyit juga.
Untuk Daging Kunyit Miraa bagi husband, sebab kenyal sikit. 


Kari kambing memang Miraa makan sorang je lah. Kuah pekat gilos! Mula-mula kecewa lah akak tu kautkan semua yg banyak tulang. Dalam hati, alaa susah ni nak makan. Tapi turned out to be so easy gila untuk buka daging tu dari tulang sebab daging kambing yang diorang masak ni lembut gila. 


Air pula husband order Limau Ais, Miraa pilih Neslo. Tapi agak mengecewakan sedikit sebab Neslo manis nak potong kaki hahaha. Minum sikit ja lepas tu rembat Limau Ais husband. Total makan-makan kitorang laki bini RM24.80 which is kira okay lah untuk kitorang sebab Miraa siap ambil lauk kambing kan. Hehe.

Love,

Wednesday, 19 August 2020

Bambangan, Tuhau dan Makanan Borneo di Puchong!


Bambangan, Tuhau dan Makanan Borneo di Puchong! | Assalamualaikum & hi guys. Miraa lama dah sebenarnya craving nak makan buah bambangan. Sepatutnya balik Sabah memang plan nak pi makan. Tapi tak balik kan apa boleh buat. Lepas tu banyak kedai-kedai yang kawan-kawan suggest. Cuma masalahnya kedai jauh & tiada masa pula nak pi beli ahaha. 

Tapi ada satu kedai ni kawan Miraa suggest. Ada dekat area Puchong. Tak jauh sangat tapi liat betul lah nak pergi. Then ternampak posting diorang dekat Instagram. Boleh pos? Hmm terus Miraa whatsapp dan diorang suggest pakai rider je cepat sikit hehe.

Alhamdulillah akhirnya dengan bantuan rider LalaMove, dapat lah Miraa buah bambangan ni haha. Tapi ada terselit juga lada putih & tuhau. Lama gila tak makan! Lada putih ni RM6 untuk berat 50 gram. Jeruk tuhau ni pula RM15 untuk satu bekas. Buah bambangan yang Miraa dapat ni RM10 sebiji dan Miraa dapat yang dah masak. Pergh wanginya menusuk lubang hidung yang dah lama gila tak makan hahahahaha. Caj rider dari kedai diorang untuk ke rumah Miraa RM13.

Orang-orang Borneo yang tinggal di area Selangor kalau nak beli buah bambangan , tuhau, lada putih, losun dan banyak lagi produk-produk Borneo boleh lah pergi ke Facebook Solo Borneo Mart atau pun Instagram diorang @solo_borneo_mart . Boleh direct whatsapp diorang untuk sebarang pertanyaan.


Ini laa buah bambangan yang Miraa dah kupas. Nyummy! Layan dengan belacan Papar ahaha yg ni stok dari bulan 3 lagi tak habis-habis. 

Cara menyediakan Bambangan & Belacan:
1. Kupas kulit buah bambangan dan potong kecil-kecil isi bambangan.
2. Letak garam & ajinomoto.
3. Boleh masukkan cili padi kalau suka pedas.
4. Masukkan belacan dan gaul semua.
5. Siap untuk dimakan bersama nasi panas.

Wahaha. Okay lah. Until my next entry guys. Have a nice day.

Love,

Tuesday, 18 August 2020

Cinnastix & Quattro Beef Domino's Pizza


Cinnastix & Signature Quattro Beef Domino's Pizza | Assalamualaikum & hi korang. Semalam nampak nampak semua orang share meme dari Domino's ni. Tanpa sengaja terbeli pula pizza & bread diorang hahaha.

Tiap kali order Fabulous Four, Cinnadots memang Miraa sorang yang akan bantai makan sebab memang fav bethuls! Sebelum-sebelum ni tak perasan Cinnastix ni ada dalam bahagian bread, tak pun diorang baru list kan. Memang heaven on Earth betul bila dapat makan Cinnastix ni. Portion dia ngam untuk seorang yg kuat makan macam Miraa. Wahaha. "Soft and fluffy breadsticks, sprinkled with cinnamon and sugar, then baked to perfection. Served with sweet icing." Sho shedap makan masa masih panas-panas sebab Domino's punya delivery time tak sampai 10 minit pun dekat area Miraa tinggal.


Lepas tu Miraa order sekali SIGNATURE QUATTRO BEEF. "Four different flavours - Beef or Chicken Pepperoni, Aloha Chicken, Prawn Sensation and Simply Cheese loaded with mushrooms for that extra burst of flavor." Yg tu Miraa copy dari website diorang lah haha. Memang sedap dan sesuai untuk yang nak cuba 4 pizza berbeza dalam satu masa yang sama. Pizza ni Miraa order untuk husband, so sudah semestinya kita request untuk exclude onions and mushrooms. Hehek.


Btw Miraa order semua ni dekat FoodPanda punya apps tau. On going campaign as of 18 Aug 2020, Shop Malaysia online. Korang guna code KAKIONLINE untuk dapatkan RM10 diskaun bila korang order RM20 dan keatas. Valid untuk 3 kali redemption per customer dan valid untuk first 1,250,000 orders sahaja. Other T&C apply. Lepas tu, Miraa dapat 35% discount lagi daripada Domino's Pizza punya shop untuk minimum order value of RM25. Double the discount! Wohoo! Hahaha. Kalau korang belum pernah lagi guna code TRIPLEJOY, try lah. Yang ni dapat diskaun RM5. Boleh redeem 3 kali je. Hehe. Alhamdulillah from RM47.30 Miraa cuma perlu bayar RM26.04 sahaja untuk dua item yang Miraa beli hihi.  Selamat mencuba! 

Love,