Saturday, 1 August 2020

D'Laksa & Egg Tart from La Boheme Cafe @ AEON Mall Shah Alam


D'Laksa & Egg Tart from La Boheme Cafe @ AEON Mall Shah Alam | Assalamualaikum wbt, salam sejahtera & hello Aug 2020! Masih mood bercuti ke tu? Harini Miraa dengan husband pergi AEON Mall Shah Alam. Food hunting yg sudah terancang dan dah tahu nak beli apa dah sebenarnya haha. Selalunya hujung minggu ramai orang dan parking penuh. Tapi mungkin sebab ramai lagi yang masih dekat kampung sebab tu parking tak penuh. Lebih-lebih lagi parking dekat rooftop. Krik-krik sikit masa masuk tadi. Dekat food area pun tak terlalu sesak macam sebelum ni. Manthop!


Masuk je kitorang terus cari D'Laksa punya stall. Miraa pilih Asam Laksa dan husband pilih Asam Fishball. Tapi Miraa rembat dua bijik lah ehek! Auto menghirup, dan tak sedar habis dah satu mangkuk. Harga satu mangkuk Asam Laksa RM7.90 dan untuk Asam Fishball RM5.00 untuk 5 ketul fishballs. Depan D'Laksa ni ada stall Chatime, jadi Miraa beli Mango Smoothie + pearl which is RM8.90 in total. Sho shedap layan lepas makan asam laksa yang panas-panas.


Lepas siap makan, kitorang masuk dalam AEON kejap beli barang dapur. Haa yang ni pula memang takda dalam perancangan wahahaha. Dari takde benda nak dibeli, jadi ada. Baru-baru ni ada viral pasal Garlic Cream Cheese Bread, dekat AEON ada jual juga rupanya. RM5.00 satu. Saiz boleh tahan besar. Tapi jangan expect cheese dia penuh padat tau haha. 



Settle ja beli barang dapur, kitorang pergi ke La Boheme pulak untuk misi kami seterusnya. Beli Chicken Floss Bun, Sausages Bun & Egg Tarts! Wahaha. Harga untuk CFB & SB tak tahu sebab Miraa grab Egg Tarts je tadi. RM3.00 untuk dua biji. Sho shedap! Bagi lah Miraa egg tart ni hari-hari pun Miraa takkan bosan nak makan. Fav! 


Mini food hunting dah settle, beli groceries dah settle, balik lah apa lagi ahaha. Sekian jalan-jalan sis for this weekend with my husband. Miraa ada buat short vlog juga. Jangan lupa tekan like & subscribe Youtube channel Miraa sekali taw! Hehe. Okay until next entry guys. TTFN.


Love,

Share:

1 comment:

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini