Monday, 17 August 2020

Family Day Bank Islam Ampang 2020 di De Rhu Beach Resort Kuantan


Family Day Bank Islam Ampang 2020 di De Rhu Beach Resort Kuantan | Assalamualaikum & hi. Dalam entry kali ni Miraa nak share video family day kitorang yg berlangsung dari 15 hingga 16 Ogos 2020 yang lalu. Weekend lepas lah kiranya. Hahaha. Ini merupakan family day yang ke-2 Miraa ikut dengan husband dan kali pertama juga kaki jejak ke Kuantan.

Hari pertama aktiviti kitorang selepas sampai ke De Rhu Beach Resort ni ialah sukaneka. Ada kategori kanak-kanak dan dewasa. Antara aktiviti kanak-kanak ialah, cari gula-gula dalam tepung, bawa bola pingpong dalam sudu dan isi air dalam botol menggunakan span.


Aktiviti untuk dewasa pula, bowling kelapa, lari kepit bola, pass tepung pakai tangan dan Golden Eggs which is korang kena pilih telur dalam tray dan pecahkan dekat kepala hahaha. Selesai je semua aktiviti sukaneka, ada masa sikit untuk bawa family masing-masing pergi mandi kolam atau pun bersiar-siar dekat pantai. 

Lebih kurang pukul 8 malam semua berkumpul dalam Orchid Hall untuk majlis makan malam, sesi bergambar, exchange gifts, karaoke dan penyampaian hadiah. Lebih kurang pukul 11 malam macam tu dah balik bilik masing-masing kot. Lupa tengok jam. Hahaha.

Keesokan pagi pula ada yang bawa family pergi mandi pool. Kitorang buat taik mata HAHAHA. Lepas tu member yang lain call suruh turun lobi ambil breakfast nasi lemak. Masa untuk check out jam 12. Semua dah standby dekat lobi untuk meneruskan perjalanan yg diorang bincang semalam.

Sebelum meneruskan lagi perjalanan, ada yang singgah topup minyak kereta, topup TnG dan ada yang beli jajan. Sempat juga singgah beli keropok lekor tepi jalan. Kitorang singgah gerai Umie Keropok Lekor baru lah semua gerak ke lokasi pertama, Kula Cakes. Area Kula Cakes ni berdepan dengan Laman Teruntum tapi tak sempat nak pi sebab nak beratur dekat Kula Cakes ni pun puuuuuunya lah panjang haha mungkin sebab kitorang pi time hujung minggu kan. Sempat rakam sikit-sikit je tempat dine in diorang.


Lepas semua dah beli makanan dekat Kula Cakes, kitorang teruskan pula perjalanan ke Temerloh. Jauh dak tempat kitorang pi makan tengahari? Hahaha. Lebih kurang 2.40pm kitorang bertolak dari Kula Cakes dan sampai ke Go' Bang Maju Temerloh dalam 4.20pm. Pilih tempat duduk, dan beratur untuk pilih makanan. IKEA style gittew sebab lauk-lauk dah siap dalam mangkuk tinggal korang kena pilih. Kecuali air kena order. Nanti bawa je makanan ke meja akan ada sorang yg datang tick list makanan dan minuman yang korang ambil, nanti bawa je resit tu ke kaunter untuk buat bayaran.


Selesai je kitorang makan, kitorang pun bergerak pulang ke Kuala Loco. Dari Go' Bang Maju dalam pukul 5.40pm , dan Alhamdulillah kitorang sampai ke Petaling Jaya dalam pukul 8.58pm. Untuk perjalanan kitorang ke Kuantan, Pahang kali ni kitorang sewa kereta dari HH Car Rental. Sewa Axia untuk sehari RM100 dan deposit RM50. Tapi memandangkan kitorang balik lewat dan kira half day, kena tambah RM50. Jadi jumlah untuk sewa 1 hari + 1/2 hari = RM150. Sangat-sangat terbaek servis brader yang menyewakan kereta ni. Dia juga merupakan Perodua Sale Advisor. Jadi kalau korang nak cari kereta untuk disewa atau untuk dibeli boleh roger dia kat 017-618-7818 . Sangat recommended lah. Kereta sewa yang dia sediakan siap ada phone holder & phone charger.

Okay lah, that is all from my journey to Kuantan Pahang for this event. Have a nice day everyone!



Love,

Share:

2 comments:

  1. Next time mira kena try jalan-jalan kuantan. Banyak tempat menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah nanti kita jelajah lagi. Hihi masa singkat sangat kat situ.

      Delete

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini