Saturday, 22 August 2020

Garlic Cream Cheese Bread Aeon


Garlic Cream Cheese Bread Aeon | Assalamualaikum & hi guys. Happy weekend. Hari ni kitorang jenjalan pi Aeon ja untuk beli groceries. Sebenarnya nak pi beli kain tapi malangnya takde kain yang Miraa nak. Selesai je beli barang dapur, kitorang singgah La Boheme macam biasa beli bun.


Husband macam biasa beli sausage bun & spicy chicken floss bun. Miraa kali ni cuba sesuatu yang lain. Miraa ambil Garlic Cream Cheese Bread & Red Velvet. Seriously terkejut sebab Garlic Bread dekat Aeon ni boleh tahan sedap jugak gais. Cream cheese dia tak memuakkan langsung dan roti pun lembut. Belum sampai rumah garlic bread tu tinggal 3 lagi hahaha.

Kawan-kawan Miraa pun cakap memang sedap garlic bread aeon ni. Ada yang memang wajib beli dua kalau pergi. Harga untuk satu bekar tu RM5.50 ja. Bagi Miraa, garlic cream cheese bread aeon ni memang sedap dan berbaloi dengan harga RM5.50 tu. Korang boleh lah pergi ke aeon yang berdekatan kalau nak beli. Miraa beli dekat Aeon Mall Shah Alam. Sebab banyak stok selalu hihi. 


Untuk Red velvet pula, Miraa tak sure kalau selalu ada. Sebab tadi masa nak membayar Miraa tertoleh dekat freezer diorang ada kek red velvet ni dengan harga RM11.90. Rasa dia pun boleh tahan sedap walaupun cheese dia tak leleh atau banyak. Satu lapisan je. Tu pun sho shedap guys.


Love,

Share:

2 comments:

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini