Saturday, 15 August 2020

Resepi Koktel/Cocktail Buah Paling Senang!


Resepi Koktel Buah Paling Senang! Fruit Cocktail | Assalamualaikum & hi. Harini nak share resepi air koktel buah yang paling senang nak buat. Cuma perlukan 3 bahan utama yang mudah didapati. Di kedai-kedai runcit pun confirm ada lah.

Bahan-bahan:
1. 1 tin susu sejat
2. 1 tin susu manis
3. 1 tin buah koktel
4. Ais batu

Cara-cara menyediakan:
1. Campurkan susu sejat, susu manis dan air daripada buah koktel.
2. Masukkan buah koktel.
3. Masukkan ais batu.
4. Siap untuk dihidang.


Optional, boleh tambah sedikit sirap rose, agar-agar kosong (yg tak manis), buah laici ataupun buah-buahan segar seperti epal, anggur ataupun buah naga. Hehe. Tapi dalam video ni Miraa bahagi dua semua bahan-bahan. Sesuai untuk hidangan berbuka puasa, majlis hari jadi, hari raya atau apa-apa perayaan tak pun untuk menu picnic hehe. Selamat mencuba!

Love,

Share:

4 comments:

  1. Semua pink!!! hehehe nak buat jugaaaa... dah la ena suka pink juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe tu la pasal. Selamat mencuba. Sho shedap.

      Delete
  2. Terliur pulak tengok. Tapi benda macam ni kalau banyak sangat muak jugak. Kena 'rasa' je. Haha

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini