Monday, 3 August 2020

Resepi Terung Bakar Senang


Resepi Terung Bakar Senang | Assalamualaikum & hi. Kali ni Miraa nak share resepi yang sangat mudah untuk disediakan dengan bahan-bahan yang mudah didapati dan confirm licin ah pinggan! Hahaha.

Bahan-bahan:
1. Terung
2. Cili
3. Limau nipis
4. Garam
5. Ajinomoto

Cara-cara memasak:
1. Bersihkan dan potong terung. Lepas tu boleh masak dalam nonstick pan. Tak perlu tambah minyak tau. Kalau bakar guna arang lagi sedap. Tapi masak dekat atas pan pun boleh.


2. Ambil beberapa biji cili dan lenyek dalam lesung batu ahaha. Lepas tu tambah satu sudu garam & ajinomoto sedikit. Ikut korang nak cili tu hancur dan lumat atau pun biar besar-besar macam ni pun boleh. Lepas tu gaul bahan yang dilenyek tadi dengan terung yang dah siap bakar tadi.



3. Siap untuk dimakan dengan nasik.


Versi terung bakar yang paling simple dan senang nak buat. Kalau korang nak tambah belacan atau ikan bilis yg dah goreng pun sedap jugak. Ikut selera masing-masing. Selamt mencuba!


Love,

Share:

4 comments:

  1. Mudah menyediakannya.
    tentu sedap

    ReplyDelete
  2. salam kenal.. CT dah follow sini..
    bestnyaa terung. antara menu fevret..
    macam ni pun da sedap sngt da..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal juga CT. Yup betul. Sedap walaupun buat macam ni je hehe.

      Delete

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini