Friday, 14 August 2020

Unboxing Avocado Portable Fan From Kaison


Unboxing Avocado Portable Fan From Kaison | Assalamualaikum guys. Semalam Miraa pergi Sunway Pyramid nak cari hadiah untuk tukar-tukar hadiah esok. Hadiah dah jumpa, jadi nak cari kertas pembalut dengan paper bag lagi. Jadi mana lagi kalau bukan dekat Kaison Miraa cari. Kedai fav kalau dekat Sabah sebab dekat Sabah tiada IKEA.  


Kertas pembalut dan paper bag dah jumpa, masa nak bayar tu ternampak pulak kipas cecomel dan yang paling menarik perhatian Miraa ialah kipas gendut bentuk avocado ni ahahah. Ada 3 pilihan warna, pink, hijau dan juga kuning. Tapi disebabkan Miraa penggemar warna pink, tu la sebab Miraa pilih avocado warna pink. Harga pula cuma RM9.90 untuk satu unit. Avocado fan ni jenis portable dan rechargeable. Boleh tahan up to 40min selepas ful caj. Tu yang kena tulis dalam user manual la. Miraa belum uji lagi. Hahaha. Ni Miraa sertakan video unboxing sekali. Hehe enjoy!


Btw kalau Miraa buat mini giveaway korang berminat tak dengan avocado fan ni? Jangan lupa commment tau. Have a nice day guys and happy weekend! Wohoo!

Love,

Share:

2 comments:

  1. comelnya kipas mini...

    baru sempat blogwalking. thanks ya join segmen mia. senarai peserta ada di sini https://www.mialiana.com/2020/07/senarai-url-blog-37.html

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini