Monday, 21 September 2020

Balik Kampung To Sabah


Assalamualaikum & hi guys. Seminggu jugak lah Miraa hiatus dari blog. Haha. Daily entry for this September memang failed lah. Wahaha. Okay so 12 Sept Miraa fly dari KUL ke BKI. Tak banyak pun yang berubah. Cuma WAJIB untuk isi borang online / offline sebelum masuk ke Sabah atau Sarawak. Ada QR code yang korang boleh scan masa nak drop luggage. Kalau korang isi online, korang screenshot siap-siap QR yg kena generate dari fon korang. Kalau yg tak isi online, korang perlu isi juga masa dalam flight. Nanti bila sampai dekat Sabah, akan ada petugas khas yang asingkan lane untuk yg isi online dan juga offline. Kalau ada tanda-tanda macam batuk atau selesma, korang kena swab kot.  Hihi. 


Anyway! Ni first time fly sorang dengan bagasi yang banyak gilos bahaha. 1 luggage besar, 1 luggage kecik dan 5 pula kotak-kotak. Siap-siap beli 40KG kaww. Max dah tu. Plan nak tambah lagi takut terlebih. Nasib baik kotak-kotak ringan ja. Dan kalau tak boleh detect dekat self drop bag tu, korang kena pi kaunter yg ada staff diorang tau. 1.5KG dah tak detect dah self drop bag tu. Alhamdulillah cukup semua barang masa sampai kat Sabah.


Sampai Sabah Miraa ada buat sekali mask extender hehe. Testing ja. Dalam 20 pcs Miraa drop dekat kedai kawan Miraa. Kalau korang nak beli nanti try lah pi Familia Boutique Vendor. Sebelah kawasan J&T dekat Papar. Miraa buat entry lain ye pasal mask extender ni.


Sepanjang minggu kat rumah, Miraa memang the driver lah kalau nak turun pekan. Bahaha. Tapi kereta auto boleh lah. Kalau manual ampun hahah. Bezanya kali ni balik kampung, tak singgah pi homestay. Sebab uncle ada yang high risk. Takut lah kot-kot ada virus yang Miraa bawak. Lagi pun homestay belum siap pun. Hihi. Most of the time Miraa dekat rumah, tak update blog sebab takdak mood dan idea kelaut. Lepas tu letrik asyik buat hal. Masa sampai, hujan lebat plus ada pokok tumbang. Letrik takdak sekali pakej air takdak. Haha. Second and beberapa hari selepas tu pula bekalan letrik tak kuat.


Balik Sabah kali ni sebab nak celebrate birthday Umi. Tapi birthday kalini takde kek. Hujan masa 15 Sept tu. Miraa keluar pun 14hb tu bawak Umi pi beli pasu-pasu dia, cuci-cuci mata tengok kedai, beli barang groceries. Dan sebelum nak balik tu turun lagi pergi JPJ sebab my mom punya lesen dah expired 2018. Gangster siot drive selama ni lesen mati hahaha. Sepanjang minggu Miraa yang masak sampai diorang semua naik muak asyik makan bahahha. Cuma last day, diorang panggang ayam. Then that is all for my balik kampung journey this time. Flight noon kali ni. Hehehe dapat lah tengok view.


Sampai ja KL, direct pi IKEA Cheras. Nak beli meja Linnmon & Adils. Dah semangat tau amik Linnmon, sekali tengok Adils semua takdak. Simpan balik. Ended up with only Lack. Boleh lah kot untuk nak buat-buat mask extender nanti. Satu meja dekat mini kitchen Miraa, lepas tu meja Linnmon yang sekarang ni penuh oleh speaker dengan laptop ja. Memang nak cari meja lain jugak untuk Miraa nak gambar-gambar sekali produk hehe. Wish me luck on my smoll biz guys!


Selain kek kak kiah, Miraa bawak sekali cili padi yg my mom tanam. Pedas giler! Sebijik je dah keluar air mata makan hahaha. Tapi yang ni Miraa sampai je terus buat jeruk. Cili , bawang putih, garam, gula dan cuka. Hopefully sedap lah nanti. Okay that's all for this entry. Next bento entry will be on Wednesday sebab harini dan esok my husband cuti hahaha. 

Love,

Share:

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini