Tuesday, 8 September 2020

Bento #2 : Spaghetti Bolognese


Bento #2 : Spaghetti Bolognese | Assalamualaikum & hi guys. Harini lewat sikit update sebab ada kerja sikit hihi. Bento kedua Miraa untuk husband simple ja. Menu ni dia request lama dah. Cuma baru terrrmasak. Spaghetti bolognese ni Miraa dah prep awal dah. Semalam lagi dah siap rebus pasta dan kuah dia. Cuma asingkan dalam bekas dan simpan di peti sejuk.


Nampak dalam Kelab Bento Malaysia kat Facebook mostly masak pasta hari ni. Pasta kind of day lah kot haha. Geng-geng untuk bolognese husband harini macam biasa. Seasoned coral lettuce, yg ni tabur garam ngan lada hitam sikit ja. Lepas tu pan grilled chicken tu pula sapu dengan garam & lada hitam juga lepas tu masak atas pan dan potong last sekali tabur black sesame seeds atas dia. Nugget ayam pulak goreng macam biasa jaa laaa.


Paling kelakar sekali sosej ni je la haha. Miraa tengok dalam Pinterest comel tau! Tapi dia gunakan sosej yg kontot2 tu koktel kot. Tapi Miraa pi guna sosej yang panjang then potong dua. Yang ni Miraa rebus. Kalau korang goreng nanti dia akan berkedut. Lagi seram weh muka sosej ni nanti haha. Lepas tu Miraa guna black sesame seeds untuk hiasan jadi mata. Tu je lah Bento untuk husband hari ni. Ni tengah fikir pulak esok menu apoo nak masak untuk husband. Hihi. Lepas ni korang boleh klik bahagian Bento dekat menu atas ya. Miraa akan simpan entry bento Miraa sana. Btw have a nice day everyone! Bye-bye .

Love,

Share:

4 comments:

  1. alolo comelnya , kalau saya nak makan pun sayang nak habiskan hehe

    ReplyDelete
  2. Fresh betul salad tu... haishhh buatkan untuk ena jugaaa, geram tengok, comel betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. >_< alamak mayuu kiter ahaha. Thank you enaaa

      Delete

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini