Wednesday, 9 September 2020

Bento #3 : Black Pepper Beef + String Beans


Bento #3 : Black Pepper Beef + String Beans | Assalamualaikum & hi! Bento ke 3 Miraa untuk minggu ni ialah Daging Masak Lada Hitam dan juga Kacang Buncis Tumis. Tapi macam biasa lah Miraa takde record sebab malas sangat hahaha. Acaner nak maju kan? Isk isk isk.

Black Pepper Beef
1. Potong capsicum ikut cara korang suka dan potong juga daging nipis-nipis.
2. Panaskan minyak dan masukkan bawang kemudian masukkan daging sambil letak lada hitam.
3. Masukkan garam sikit lepas tu kicap manis. Biarkan masak kejap.
4. Last sekali masukkan capsicum. Kalau jenis nak kuah lebih, boleh tambah air.

String Beans
1. Bersihkan dan potong kacang buncis dan juga lobak.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang kemudian masukkan lobak.
3. Bila lobak dah lembut sikit, boleh masukkan kacang buncis.
4. Masukkan garam secukup rasa. Siap.


Alaa stir-fry / tumis macam biasa ja uolls. Haha cuma bezanya Miraa buat portion sikit sahaja dan Miraa gunakan pan kecik cenonet untuk buat pancakes/omelettes hihi. Nasi tu pula Miraa gaul dengan bawang goreng. Jadi wangi tau nasi tu terus. Yang telur gulung tu pula sebenarnya silap. Sepatutnya gulung masa tengah masak, tapi Miraa terbuat telur dadar lah pulak. Dah kena gulung haha dah lah tak melekat. Tapi takpa asal boleh makan.


Last sekali, semua Miraa tabur dengan biji bijan / sesame seeds. Sayur Miraa letak yang biasa, yang kat nasi yg hitam. Baru naik sikit rupa bento kiter hahaha. Nak kata healthy tak jugak, sebab gunakan minyak masak biasa ja. Mungkin kalau guna olive oil baru healthy sikit haha. Tapi tak jugak, sebab pi buh sekali air tin HAHAHA. 

Okay lah tu ja untuk entry kali ni. Ni tengah fikir lagi nak masak apa esok. Sebab macam nak buat semua pulak hahaha. Until tomorrow guys, InshaAllah. Bye! 

Love,

Share:

1 comment:

  1. Really great article, You write so amazingly. You can also check these pages. We help students by providing them IGNOU Study Materials and Latest information about Ignou Courses.

    IGNOU,
    IGNOU BOOKS,
    IGNOU QUESTION BANK,
    IGNOU SAMPLE PAPERS,
    IGNOU QUESTION PAPERS,
    IGNOU SOLVED ASSIGNMENTS,
    IGNOU COURSES,

    Thank you..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini