Thursday, 3 September 2020

Dumpling Ayam Simple Sangat


Assalamualaikum & hi. Haritu Miraa nampak kulit dumpling dekat kedai eco. Ya kedai eco pun ada jual frozen foods jugak tau sekarang. Ahaha. Terus Miraa teringat yang Miraa nak sangat buat dumpling sebelum ni cuma nak buat kulit dumpling tu punya la malas sangat. Jadi bila nampak ni, terus beli ler. Nama pun kedai eco, harga RM2.10 hihi.


Jujur ini first time Miraa buat. Tak pernah sekali pun cuba buat. Duk tengok orang asyik makan dumpling, kiter pun sibuk nak ikut. Bahan-bahan yang orang lain guna banyak tau. Tapi Miraa guna sikit je. Isi ayam, daun bawang, bawang, cili padi dan minyak bijan. Ya. Ini ja yang Miraa gaul dekat isi ayam yang dah cincang tu hahaha.


Then Miraa & husband masing-masing wrap ikut pesen memasing. Sendiri nak makan banyak mana, sendiri kena rajin bungkus lah wahaha. Yang pinggan bulat kiri tu Miraa punya, yg kanan husband, yg tengah tu pulak dedua buat. Masa ni sibuk tengok PMPL match, jadi takde nya kitorang pi kukus-kukus. Teruih goreng punya bahaha. Tapi tu la. Terlebih masak sampai jadi terlalu brown dan isi dia kering. Hmm. Nampaknya kena repeat buat lagi nanti. Hihi.

Love,






Share:

2 comments:

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini